Link Copiedcheck_circle
Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-4.jpg


Seperti yang diketahui umum, BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen, pada penghujung tahun 2028.


Pelbagai Varian Trenkuasa Ditawarkan


2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-17.jpg


Tidak seperti model prototaip iX5 Hydrogen sebelum ini, versi kali ini adalah versi yang ‘serius’ atau model pengeluaran sebenar yang bakal dilancarkan bersama varian X5 lain. Pilihan varian lain yang akan ditawarkan adalah termasuk enjin konvensional yang merangkumi petrol dan diesel, versi elektrik bateri (BEV) serta hibrid plug-in (PHEV).


Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan BMW, Joachim Post berkata, “Pelancaran X5 dalam lima konfigurasi trenkuasa ini menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di seluruh dunia.”


Rekaan Mengikut Trend Terkini BMW


2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-9.jpg2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-14.jpg


Model prototaip iX5 Hydrogen yang didedahkan dalam pelekat samaran memperlihatkan beberapa elemen rekaan daripada BMW iX3 baharu berasaskan platform EV terkini BMW, Neue Klasse. Antaranya, lampu LED yang tajam, gril kecil berbentuk buah pinggang (kidney) dan siluet SUV yang moden.


2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-5.jpg


Namun, X5 ini masih menggunakan platform The Cluster Architecture (CLAR) dengan penambahbaikan tertentu, bukannya berasaskan platform Neue Klasse seperti iX3 yang berbeza sepenuhnya. Ini jelas terlihat daripada kedudukan bateri di bahagian bawah prototaip iX5 Hydrogen, kerana platform Neue Klasse biasanya menyembunyikan bateri di dalam lantai kenderaan.


Janji Prestasi Lebih Hebat


2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-16.jpg


Setakat ini, BMW belum mendedahkan angka prestasi untuk iX5 Hydrogen baharu, tetapi menjanjikan peningkatan berbanding prototaip FCEV sebelum ini. Model lama iX5 Hydrogen dianggarkan menghasilkan 396 hp dan jarak pemanduan sehingga 504 km melalui dua tangki hidrogen.


Sistem kawalan voltan tinggi terbaru, BMW Energy Master, turut akan diperkenalkan bersama model baharu ini.


Usaha Perluasan Rangkaian Stesen Hidrogen


Menjawab kebimbangan mengenai kekurangan stesen pengisian hidrogen, BMW menyatakan bahawa mereka kini aktif dalam usaha memperluas rangkaian stesen melalui inisiatif Hydrogen Mobility at Scale (HyMoS). Pelaksanaan percubaan program ini akan dimulakan di Perancis dan Jerman sebelum diperluaskan ke kawalan lain di benua Eropah.


Pengeluaran Dijangka Bermula Pada 2028


2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-13.jpg2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-11.jpg


Pengeluaran rasmi model BMW iX5 Hydrogen generasi baharu dijangka bermula pada hujung tahun 2028 di kilang BMW yang terletak di Steyr, Austria dan Landshut, Jerman. Sebaik dilancarkan nanti, iX5 Hydrogen akan menjadi kenderaan berkuasa hidrogen varsi pengeluaran yang pertama dihasilkan oleh BMW.

2028-BMW-iX5-Hydrogen-Prototype-18.jpg


Tag:

BMW iX
BMW iX5
BMW iX5 Hydrogen
BMW CLAR Platform
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

01-03-2024
Kereta Baru

16-02-2024
EV

06-02-2024
Kereta Baru

05-08-2023
EV

04-08-2023
Berita Auto

06-06-2023
Berita Auto

26-01-2023

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026