Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Individu yang mempunyai masalah cip kad pengenalan rosak, boleh menggantikan MyKad baharu secara percuma mulai esok hingga 7 Oktober ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penukaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.

"Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan terjejas hanya kerana masalah teknikal.

"Ini bagi memastikan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad diterima sejak Januari hingga Ogos atas sebab cip atau kad rosak.

Katanya, trend permohonan meningkat ketara sejak tiga bulan lalu bermula Jun sebanyak 32,819 permohonan, Julai (40,371), dan Ogos (45,411).

"Bagi bulan September sehingga semalam, JPN menerima sebanyak 22,858 permohonan dan berdasarkan purata penggantian dua bulan terkini, purata permohonan bagi kategori cip rosak direkodkan pada sekitar 43,000 unit cip sebulan.

"Oleh itu penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula esok sehingga 7 Oktober ini dianggarkan melibatkan kosRM714,660 termasuk kos-kos lain yang berkaitan," katanya.





Gallery

Tag:

MyKad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Guna IC Orang Lain Untuk Isi RON95, Lelaki Ditangkap

Padah menggunakan identiti orang lain demi kepentingan peribadi, seorang lelaki tempatan hari ini terpaksa akur apabila dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret.

29-12-2025
Berita Auto

Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah

Kerajaan sudah memutuskan untuk menggunakan dalam pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dibuat tidak lama lagi.

27-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!

Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.

05-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026