Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda  memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

Motosikal ini pernah didedahkan di Milan  Motorcycle Shows (EICMA) di Milan,  Itali sekali gus menandakan langkah penting Honda dalam strategi elektrifikasi global.

Nama WN7 membawa maksud tersendiri, huruf “W” merujuk kepada konsep pembangunan Be the Wind, “N” untuk naked, manakala angka 7 merujuk kepada kuasa motosikal ini.

image.png

Bercakap mengenai kuasanya, Honda mendedahkan WN7 menggunakan motor elektrik 18 kW berpenyejuk cecair yang dipasang di tengah, dengan prestasi setanding motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) 600 cc, meskipun dengan berat keseluruhan 217 kg.

image.png

Lebih menarik, ia mampu menghasilkan tork maksimum 100 Nm, iaitu bersamaan motosikal 1,000 cc.

WN7 dilengkapi dengan bateri lithium-ion jenis tetap yang mampu memberikan jarak tunggangan melebihi 130 kilometer dengan sekali pengecasan.

image.pngimage.png

Jenama motosikal Jepun itu juga menyatakan bahawa Honda WN7 menyokong pengecasan pantas CCS2, yang membolehkan pengecasan yang mana bateri dicas daripada 20 peratus ke 80 peratus dalam masa hanya 30 minit.

Dari segi reka bentuk, WN7 kelihatan hampir sama dengan model konsepnya, menampilkan gaya motosikal naked dengan elemen rekaan yang diambil daripada beberapa model enjin pembakaran Honda, termasuk Honda CB750 Hornet. 

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Ia hadir dengan rekaan depan tajam dengan lampu utama LED berkembar dan lampu siang (DRL) LED nipis di tengah, cermin sisi gaya retro pada handlebar, rim aloi 17 inci dan brek cakera depan berkembar Nissin

Selain itu, ia juga dipasang dengan paparan  meter TFT 5 inci dengan sambungan Honda RoadSync serta tetapan khas EV sekali gus membolehkan akses kepada navigasi, muzik dan notifikasi telefon pintar ketika menunggang.

image.png

Pra-tempahan untuk Honda WN7 serba baharu sudah pun dibuka di Eropah menjelang penampilan sulungnya di EICMA 2025 pada November nanti.

Di acara itu, dijangka lebih banyak maklumat termasuk harga dan ketersediaan di luar pasaran Eropah akan diumumkan.


Gallery

Tag:

Naked Bike
Honda WN7 Electric Motorcycle
EICMA 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026