Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(1).jpg


Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan. Lokasinya masih sama iaitu di fasiliti Caricarz yang berkeluasan 180,000 kaki persegi di Tapak Parkir Aras 3A, The Strand Mall, Kota Damansara. Acara ini bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang dan terbuka untuk disertai secara percuma kepada pembeli dan penjual.


Inisiatif Untuk Tangani Krisis Hutang Kereta  


Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(5).jpegCaricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(5).jpg


Inisiatif ini dilancarkan sebagai respon terhadap krisis hutang kereta yang semakin meruncing Malaysia, di mana hampir 39% pemilik kenderaan terperangkap dalam ekuiti negatif, berhutang lebih daripada nilai kenderaan. Secara purata, defisit tersebut berjumlah RM29,000, manakala 44% pembeli terkini sejak 2022 terpaksa menanggung pinjaman yang semakin bertambah.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Caricarz Automall, James Goh, berkata Sunday Car Market merupakan satu alternatif kepada pemilik kereta yang sering menerima tawaran lebih setimpal berbanding harga trade-in yang rendah. 


Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(6).jpegCaricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(15).jpeg


“Pengedar konvensional biasanya mengambil kesempatan ke atas pemilik yang terdesak, menyebabkan mereka terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih kritikal. Pendekatan kami memberikan kuasa kepada penjual, mengutamakan ketelusan dan  memberikan hasil yang lebih memuaskan,” katanya.


Contoh Kejayaan Jualan Kereta  


Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(15).jpgCaricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(2).jpg


Antara kisah kejayaan ialah seorang penjual BMW 630i GT yang mempunyai baki pinjaman RM150,000, tetapi hanya ditawarkan RM130,000 oleh pengedar. Melalui Caricarz Automall, kereta tersebut berjaya dijual pada harga RM160,000 selepas ditolak cukai dan caj lain, membawa keuntungan RM10,000 berbanding kerugian RM20,000 sebelum ini.


Peluang Bertemu Pembeli Secara Langsung  


Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(10).jpegCaricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(7).jpeg


Sunday Car Market bertujuan membolehkan penjual berunding terus dengan pembeli dalam satu persekitaran yang selamat. Sepanjang acara, pemilik kereta mengekalkan kawalan penuh ke atas kenderaan masing-masing, dapat menilai tawaran secara langsung dan menyelesaikan urusan jual beli di lokasi. 


Sekiranya kenderaan gagal dijual semasa acara, pemilik mempunyai pilihan untuk menyertai program konsainan Caricarz Automall yang mana segala proses bermula daripada pemeriksaan kenderaan, rundingan harga, dokumentasi, pengurusan pinjaman dan pemindahan hak milik akan diuruskan. 


Baca: "Serah" & Jual EV Terpakai Kepada Caricarz Automall


Cara Pendaftaran  


Caricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(16).jpegCaricarz-Sunday-Car-Market-21-Sept-(1).jpeg


Pendaftaran percuma boleh dibuat secara dalam talian di https://bit.ly/sunday-car-market. Untuk maklumat lanjut, hubungi Chee Hoe di talian 018-9008761 atau e-mel ke cheehoe@caricarz.com.

Acara jualan edisi kedua ini dijangka memperlihatkan lebih 100 kenderaan dan menarik lebih 300 pengunjung. Perkhidmatan pemeriksaan, pembersihan dan pemprosesan pindah milik turut disediakan di lokasi, selain sajian ringan untuk tetamu.

Baca: CariCarz Automall Tawar 1,000 Kereta Terpakai, Semuanya Berkualiti Tinggi, Tiada Cacat-Cela

Baca: Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta

Tag:

Caricarz Automall
Caricarz
Caricarz.com
Sunday Car Market
Jualan Kereta Terpakai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta

Acara Caricarz Automall Sunday Car Market ini akan berlangsung pada 6 Julai ini.

12-06-2025
Berita Auto

CariCarz Automall Tawar 1,000 Kereta Terpakai, Semuanya Berkualiti Tinggi, Tiada Cacat-Cela

CariCarz Automall menawarkan pelbagai pilihan model kereta dimana ia kini mempunyai lebih 1,000 stok kereta sedia ada.

23-09-2024
Berita Auto

Cari Kereta Terpakai Di CariCarz Automall, Semuanya Berkualiti

Pelbagai model kereta dijual di CariCarz Automall.

23-07-2024
Berita Auto

Berjaya Kutip Dana RM3 Juta Untuk Kembangkan Bisnes

Pasaran automotif paling pesat berkembang dan platform berita digital, Caricarz melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta

20-12-2021
Berita Auto

[LANGSUNG] Hari Media Malaysia Autoshow 2023: Senarai Pelancaran & Pameran Yang Berlangsung

Klik untuk perkembangan terkini secara langsung Hari Media Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026