Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Laluan Lintasan Hidupan Liar Pertama Di Johor, Bakal Siap 3 Tahun Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png


Demi melindungi  hidupan liar dan keselamatan penggunajalan raya,  pihak berkuasa alam sekitar mengambil inisiatif untuk membina laluan  lintasan hidupan liar pertama di Jalan Persekutuan FT50 yang menghubungkan Kahang, Kluang ke Mersing, Johor.

image.png

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tiang Soon berkata, projek membabitkan kos keseluruhan RM66 juta itu meliputi kajian awal tanah, geologi, reka bentuk, pemindahan infrastruktur, pembinaan jalan sementara dan jejambat.

Beliau berkata, proses tender selesai dilaksanakan dan kerja pembersihan pokok di tepi jalan juga telah bermula, dan projek itu dijangka siap pada Februari 2028.

image.png

"Jalan yang terletak di kawasan sempadan Hutan Simpan Labis ke Mersing serta Hutan Simpan Panti dan Kota Tinggi atau dikenali sebagai ' Central Forest Spine' (CFS) ini, sering menjadi laluan hidupan liar yang bergerak antara kedua-dua kawasan hutan.

"Kawasan hutan seluas 31,000 hektar ini juga merupakan habitat penting bagi hidupan liar malah beberapa rakaman video memaparkan haiwan seperti Harimau Malaya, gajah, tapir Malaya dan harimau bintang melintas kawasan tersebut pernah tular sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan, projek menaik taraf jalan sejauh 1.2 kilometer itu merangkumi pembinaan jejambat setinggi lapan meter dan panjang 200 meter, selain pihak berkuasa akan menanam tumbuhan khas di bawah jejambat berkenaan bagi menarik serta 'memandu' hidupan liar menyeberangi jalan melalui laluan tersebut.


Gallery

Tag:

lintasan hidupan liar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026