- Berita
- Berita Auto
- Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang: Bayi Tidak Diletakkan Dalam Kerusi Keselamatan
Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang: Bayi Tidak Diletakkan Dalam Kerusi Keselamatan
Bayi malang yang maut dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang, Selangor rupanya tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS). Perkara itu didedahkan selepas pihak polis melakukan siasatan.
"Berdasarkan laporan hasil siasatan awal kita, bayi itu didapati tercampak keluar dari kenderaan.
"Kita sudah 'cross-check' denga pihak polis... ketika kejadian berlaku, bayi terbabit tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.
"Bukan saya hendak menyalahkan pihak mangsa atau ibu bapa tetapi sebagai peringatan kepada semua... apabila Kementerian Pengangkutan mewajibkan dan menggalakkan penggunaan CRS, ramai mengeluh tetapi apabila berlaku insiden seperti ini, ia membuktikan pentingnya ada CRS.
"Bayi itu tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit bawah kenderaan lain. Bayangkan kalau ada CRS, bayi itu tidak tercampak keluar dan berkemungkinan masih boleh dapat diselamatkan," katanya.
Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang menyebabkan seorang bayi berusia setahun maut, manakala lapan lagi cedera.
Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yuso, berkata pemandu lori yang terbabit kemalangan berkenaan mengaku melompat keluar dari kenderaan berat itu yang didakwa mengalami masalah brek.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/