Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PLUS Peruntuk RM37 juta Naik Taraf Tandas Awam Di Lebuhraya Kendaliannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mendedahkan bahawa pihaknya memperuntukkan RM37 juta sejak 2023 untuk menaik taraf tandas awam di 56 lokasi sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Untuk itu,  lapan lokasi tambahan dijangka siap dengan kerja penambahbaikan menjelang akhir tahun ini, manakala 32 lokasi pada 2023 dan 16 lokasi lagi pada 2024 sudah dinaik taraf.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata usaha itu selaras dengan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan dan Penambahbaikan Fasiliti yang bakal dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2028.

"Sebanyak lima hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan 11 hentian sebelah dikenal pasti untuk dinaiktaraf bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam kenyataan.

Antara lokasi yang dinaiktaraf adalah Hentian Sebelah Pedas Linggi (arah utara), Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan), Hentian Sebelah Tangkak (arah utara) dan R&R Machap (arah selatan).

Kerja penambahbaikan yang giat dijalankan sejak tahun lalu turut membabitkan R&R Gurun, Gunung Semanggol, Dengkil, Sungai Perak, Seremban dan Ayer Keroh selain beberapa hentian sebelah di Simpang Pulai, Sungai Bakap, Rawang, Gua Tempurung dan Kulai.

image.png

Selain itu, PLUS juga mengadaptasi konsep kontemporari berteraskan kelestarian untuk reka bentuk baharu tandas, dengan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi serta peralatan sanitari cekap air.

Kemudahan tambahan turut disediakan seperti kubikel khas untuk orang kelainan upaya (OKU), ruang keluarga, bilik menukar lampin bayi dan kemudahan mandi.

Projek penambahbaikan dijangka siap sepenuhnya pada 2026 bagi R&R Mambau, R&R Pagoh, Hentian Sebelah Yong Peng, Hentian Sebelah Kulai serta di Plaza Tol Kulai, Plaza Tol Sedenak dan Plaza Tol Simpang Renggam.







Gallery

Tag:

PLUS Highway
tandas awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Tips

Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!

17-03-2026
Berita Auto

Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini

Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.

12-03-2026
Berita Auto

Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres

Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda

10-03-2026
Berita Auto

Lebuh Raya PLUS Lumpuh: Banjir Kilat di Nilai, Ramai Buka Puasa Dalam Kereta

Hujan lebat luar biasa yang melanda petang tadi telah menyebabkan banjir kilat di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Sebelah Nilai, sehingga melumpuhkan lalu lintas di kedua-dua arah.

05-03-2026
Berita Auto

Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan.

10-02-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi

Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama sejak malam tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026