Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PosMalaysia-ElectricVan-Handover-3.jpg


Pos Malaysia menyerlahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperbanyakkan lagi van berkuasa elektrik untuk khidmat penghantaran. Sejumlah 136 unit van Maxus eDeliver 3 daripada Weststar Maxus diserahkan dalam satu majlis khas sempena Hari EV Sedunia yang turut dihadiri rakan pajakan, Yinson GreenTech


Ke Arah Armada Elektrik Sepenuhnya


PosMalaysia-ElectricVan-Handover-5.jpg


Penambahan van elektrik ini sejajar dengan objektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Pos Malaysia dan selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai masa depan rendah karbon. Dengan penambahan ini juga, Pos Malaysia kini telah memiliki sejumlah 1,252 motosikal elektrik dan 264 van elektrik, sekaligus membentuk armada EV yang terbesar dalam sektor logistik tempatan.


Buat pertama kalinya, beberapa unit van elektrik ini juga akan digunakan dalam operasi Pos Malaysia di  Sabah dan Sarawak. 


Komitmen Pos Malaysia Untuk Masa Depan Lestari


PosMalaysia-ElectricVan-Handover-1.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Brewer, menegaskan, “Kami bukan sahaja menghantar surat dan bungkusan, malah kami membawa harapan untuk masa depan yang lebih baik. Penambahan 136 van elektrik ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Pos Malaysia ke arah masa depan yang mampan.”


Beliau menambah, kerjasama dengan Maxus dan Yinson GreenTech adalah langkah tepat ke arah masa depan sektor logistik yang lebih hijau dan inovatif, memberikan manfaat kepada pelanggan, pekerja dan alam sekitar.


Sistem Sokongan Komprehensif


PosMalaysia-ElectricVan-Handover-4.jpg


Maxus eDeliver 3 yang disewa oleh Pos Malaysia melalui Yinson GreenTech akan menerima sokongan selepas jualan dan penyelenggaraan menyeluruh. Yinson GreenTech turut akan mengintegrasikan teknologi pintar seperti telematik, pengoptimuman laluan dan sistem pemantau armada bagi memastikan pengurusan armada yang cekap, selamat dan efisien tenaga.


Penambahan kenderaan elektrik ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Pos Malaysia untuk mencapai armada kenderaan 100% elektrik pada tahun 2030 serta aspirasi sifar karbon penuh menjelang tahun 2050.

Baca: Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech

PosMalaysia-ElectricVan-Handover-6.jpg

Tag:

Pos Malaysia
Pos Malaysia Van Elektrik
Van Elektrik
Maxus eDeliver 3
EV Pos Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026
Berita Auto

Pos Malaysia Lakar Sejarah, Lancar Kenderaan Tanpa Pemandu

uat julung kalinya, Pos Malaysia Bhd melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.

22-01-2026
Berita Auto

Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi

Pos Malaysia Bhd akan menggunakan sepenuhnya kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.

18-10-2023
Berita Auto

Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech

Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV.

23-06-2023
Berita Auto

Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi

Pos Malaysia Bhd akan menggunakan sepenuhnya kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.

18-10-2023
EV

Volkswagen ID. Buzz Cargo Terima Anugearah Van Terbaik 2023

ID.Buzz Cargo menerima anugerah sebagai Van Antarabangsa Terbaik 2023.

21-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026