Link Copiedcheck_circle
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selepas lebih sedekad menyepi, Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

Sama seperti di Malaysia, e.MAS 7 ditawarkan di Singapura dalam dua varian  Prime dan Premium dimana ia menawarkan  pilihan kepada pembeli dari segi saiz bateri dan tahap prestasi.

Varian Prime dijual pada harga SGD175,988 (RM577,000), manakala Premium dijual pada harga SGD179,888 (RM590,000).

Malah, Proton  turut memperkenalkan pakej Founders Edition’ yang hadir bersama rebat SG$20,000 (RM66,000) untuk 99 pelanggan terawal.

image.png

Pembeli awal juga akan menikmati waranti bateri 10 tahun tanpa had perbatuan dan  data internet percuma selama lima-tahun. Ia boleh beroperasi secara roaming sekiranya pelanggan memandu e.MAS 7 ini masuk ke Malaysia.

Bagi varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri 49.52 kWh yang mampu mencapai jarak pemanduan 345 km (WLTP-rated), manakala varian Premium menggunakan bateri lebih besar 60.22 kWh sekali gus memblehkan ia menawarkan jarak gerak 410 km

Kedua-duanya berkongsi pengecasan AC 11 kW dan motor elektrik 12-dalam-1 yang dipasang di bahagian hadapan, yang mana ia mampu menghasilkan 214 hp dan 320 Nm. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.

Di Singapura, Proton turut menawarkan enam pilihan warna iaitu lithium White, Turquoise Green, Slate Grey, Platinum Silver, Quartz Rose, dan Moyu Black.

Sementara itu, warna untuk bahagian kabin pula boleh dipilih dalam dua tema dalaman, Indigo Blue dan Alabaster White, sekali gus kedua-dua warna ini dilihat memberikan sentuhan moden dan premium pada e.MAS 7.

image.png

Sebagai perbandingan, e.MAS 7 yang dilancarkan di Malaysia tahun lalu dijual pada harga RM109,800 (SG$33,000) untuk Prime dan RM123,800 (SG$38,000) untuk Premium. 















Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026

Berita Terkini

Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026