Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lalu, tular  satu hantaran di media sosial  menunjukkan pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

Ini juga menandakan tamatnya pengeluaran hatchback supermini kompak itu selepas 11 tahun berada di pasaran.

Bagaimanapun, Proton belum mengumumkannya secara rasmi mengenai penamatan model dan Iriz  masih disenaraikan untuk dijual di laman webnya. 

image.pngimage.png

Lagipun, ini bukan kali pertama Proton tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kerana pihak syarikat pernah melakukan  perkara yang sama ketika ia menghentikan pengeluaran MPV Exora pada tahun 2023.

Selain Iriz, Exora, Proton menamatkan pengeluaran Satria generasi kedua yang ketika itu dikenali sebagai Satria Neo pada tahun 2015. Walaupun terdapat jurang hampir sedekad antara penghujung kedua-dua model ini, kedua-duanya dihentikan tanpa pengganti.

Berbalik kepada Proton Iriz, berdasarkan  imej yang dikongsikan, kelihatan badan terakhir Iriz yang dikeluarkan Proton di Tanjung Malim dibuat pada 9 September,  merupakan unit ke-97,576. pengeluaran hampir mencecah 100,000 unit sepanjang 11 tahun itu.

Dalam tempoh 11 tahun tersebut, Iriz juga melahirkan model sedan empat pintu yang berkongsi asas sama – iaitu Persona generasi kedua. Kembar berbut itu terbukti lebih berjaya dari segi jualan dan dijangka kekal dalam pengeluaran untuk beberapa tahun lagi.

Dengan perkembangan ini, nampaknya peluang untuk Iriz baharu dengan rekaan diinspirasikan daripada model Saga generasi akan datang juga tidak menjadi kenyataan. Ini menimbulkan persoalan sama ada Proton akan membina pengganti bagi mana-mana model hatchback.

image.pngimage.png

Jelas sekali, pasaran untuk hatchback, sama ada dalam bentuk kecil ‘supermini’ subkompak atau kompak yang lebih besar, masih kuat di Malaysia. Ini terbukti melalui kejayaan model Axia dan Myvi daripada pesaingnya, Perodua.

Kedua-dua model tersebut kini telah memasuki fasa generasi kedua dan ketiga masing-masing, membuktikan bahawa hatchback yang direka dengan baik masih mampu mencatat jualan tinggi. Sebagai rujukan, jualan Myvi telah melepasi 1.5 juta unit setakat Februari 2025.

image.png

Akhirnya, penciptaan hatch Proton baharu, sama ada pengganti langsung kepada Iriz atau cabang daripada sedan Saga baharu akan datang, bergantung kepada anda – pengguna.

Jadi, adakah Proton patut membangunkan model hatch baharu atau tidak? Kongsikan pendapat anda di  bawah ruangan komen ini!





Gallery

Tag:

Proton Iriz
Proton Exora
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-09-2025
Berita Auto

06-03-2024
Berita Auto

18-07-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto

28-12-2022
Berita Auto

Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut

PROTON telah mengeluarkan laporan jualan bagi bulan April yang menunjukkan peningkatan jualan selama tiga bulan berturut-turut.

04-05-2021
Global

23-07-2024
Berita Auto

06-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026