Link Copiedcheck_circle
EV

smart Rancang Bangunkan Pengganti Forfour, EV Kecil Yang Praktikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-Forfour-2015-2.jpg


Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) pintar, smart Automobile, telah mendedahkan teaser model dua tempat duduk, smart #2, versi terbaru bagi model elektrik Fortwo yang telah ditamatkan pengeluarannya. Kali ini, jenama tersebut mendedahkan bahawa ia turut mempertimbangkan penghasilan smart #2 versi empat tempat duduk yang lebih praktikal, menggantikan model kompak smart Forfour. 


smart_2-3-800x450.jpgsmart_2.jpg


Ketika ditemu bual oleh Autocar UK, CEO smart Europe, Dirk Adelmann, berkata bahawa walaupun tiada rancangan pelancaran yang konkrit "setakat ini" untuk model Forfour terbaru, perkara itu sedang dipertimbangkan memandangkan pengeluarannya telah bertahun dihentikan. 


Model yang dinamakan #4 ini dijangka menampilkan elemen rekaan mirip #2, dengan sentuhan baharu yang lebih segar dan tidak menyamai model Forfour. 


Bakal Guna Platform Khas 


smart-Forfour-2015-4.jpgsmart-Forfour-2015-5.jpg


Mengenai platform yang digunakan, Adelmann menjelaskan ia mungkin akan dilengkapi dengan dengan sistem dua motor yang akan dibangunkan melalui kerjasama antara Geely di China dan Mercedes-Benz di Eropah, dengan sasaran untuk dipasarkan di Eropah kelak. 


"Ciri yang kami ingin jurutera bangunkan adalah kitaran pusingan yang sangat kecil, sama seperti Fortwo sebelum ini, agar ia kekal praktikal untuk digunakan di pusat bandar.


“Ini penting kerana pasukan kami perlu memastikan produk yang dihasilkan sesuai dan bersedia untuk pelanggan di Eropah,” tambahnya lagi. 


Strategi Penamaan smart Yang Unik


Smart-EQ_fortwo-2020-1280-692914f9481a99105d82054e04d1bbcfc5.jpgsmart-Forfour-2015-7.jpg


Berkenaan strategi penamaan model yang agak mengelirukan, kerana model terkecil iaitu #2 mempunyai nombor lebih tinggi daripada model crossover #1 yang lebih besar, Adelmann menjelaskan, “Cara kami menamakan kereta smart agak unik. Nombor genap dikhaskan untuk kenderaan bukan SUV. Jadi, nombor terkecil untuk kenderaan bukan SUV ialah #2 walaupun nombor tersebut lebih besar daripada #1.


Pelancaran Tahun Depan?


smart_2-2-800x450.jpg


smart #2 dijangka akan memunculkan dirinya secara rasmi di peringkat global pada tahun hadapan, jadi kita boleh menjangkakan ketibaan #4 sejurus selepas itu. Selain dua model ini, smart juga akan memperkenalkan versi kemas kini besar dari segi perkakasan untuk model #1 dan #3, diikuti facelift lebih besar pada 2027.

Tag:

smart Automobile
smart #2
smart #4
Fortwo
Forfour
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

10-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Kereta Baru

21-10-2025
EV

02-09-2025
EV

14-02-2025
Global

08-01-2025
EV

15-08-2024
EV

07-08-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026