Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

iCAUR-03-(15).jpg


Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03. Model ini ditawarkan dalam dua varian, dengan harga dari RM119,800 untuk varian 2WD dan RM129,800 untuk varian berspesifikasi tinggi, iWD.


Caricarz-MBA-iCaur-03-Specs-22.jpg


Spesifikasi dan anggaran harga kedua-dua varian yang diumumkan pada Jun lalu


Harga yang didedahkan sebentar tadi, jauh lebih rendah daripada harga tentatif yang dikongsikan sebelum ini iaitu dari RM145,000 untuk varian 2WD dan RM155,000 untuk varian iWD. 


Ciri Mekanikal iCaur 03


web_CariCarz_SN_iCaur-03-launch_-3.jpg


Varian asas, iCaur 03 2WD menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 184 ps (135 kW) dan tork 220 Nm. Ia dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 65.7 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km (NEDC). 


Varian iWD pula menggunakan dua motor elektrik dengan kuasa 279 ps (205 kW) dan tork 385 Nm. Sistem trenkuasa ini membolehkannya bergerak daripada 0-100 km/j dalam masa sepantas 6.5 saat, dengan kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 150 km/j. 


Bateri berkapasiti 69.8 kWj membolehkan jentera ranggi ini mencapai jarak sehingga 418 km (NEDC). Dengan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 30-80% hanyalah 30 minit. 


iCaur 03 menerima pengecasan AC sehingga 6.6 kW dan DC sehingga 80 kW selain boleh digunakan untuk mengecas peranti elektronik lain melalui ciri  vehicle-to-load (V2L) sehingga 3.2 kW. 


Model lasak ini dilengkapi sistem iROAD sehingga 10 mod pemanduan, dipadankan dengan suspensi belakang multilink H-arm.


iCaur-03-iExperience-Drive-3.jpg

Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-2.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-6.jpg


Pada bulan Jun lalu, CariCarz | CarzAutomedia berpeluang untuk menguji kemampuan off-road sebenar model ini semasa acara iCaur 03 iExperience. Di sini kekukuhan rangka, keupayaan suspensi mengawal gandar, jentera mendaki kecuraman mencecah 55% dan meredah air sehingga 600 mm diuji. 


Baca: SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K


Rekaan iCaur 03


iCAUR-03-(10).jpgiCAUR-03-(16).jpgiCAUR-03-(31).jpgiCAUR-03-(13).jpgiCAUR-03-(8).jpg


Dari segi ukuran, iCaur bersaiz 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan jarak roda 2,715 mm. iCaur 03 hadir dengan gaya badan retro ‘kotak’ yang bukan sahaja ranggi tetapi juga praktikal untuk menempuhi laluan off-road, dengan sudut sua (approach angle) 28° dan sudut pelepasan (departure angle) 32°.


Kabin iCaur 03


Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-16.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-14.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-13.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-17.jpg


Walaupun kelihatan lasak di luar, bahagian dalam iCaur 03 sarat dengan teknologi moden dan ciri penting yang menjanjikan keselesaan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan dengan fungsi pendingin dan urutan, pengecas tanpa wayar 50 watt, serta bumbung panoramik. Model ini didatangkan dengan sistem audio Infinity yang terdiri daripada 12 speaker. 


Ruang butnya yang berkapasiti 450 liter, boleh diperluas hingga 1,238 liter dengan melipat tempat duduk belakang.


Ciri Keselamatan iCaur 03


iCAUR-03-(2).jpg


Dari segi keselamatan, selain kamera pandangan 540 darjah casis lutsinar (transparent chassis) yang memudahkan pemandu memantau keadaan sekeliling termasuk laluan, iCaur 03 turut hadir dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) dalam pakej bantuan Tahap 2.5 iCaur yang termasuk bantuan lorong kecemasan, kawalan jelajah adaptif dan bantuan kesesakan trafik. 


Dalam masa yang sama, model ini memiliki struktur badan yang mantap yang mana ia merupakan model pertama dalam segmennya dengan badan aluminium selain casis monocoque dengan perlindungan antikarat sehingga 30 tahun. 


Pembelian iCaur 03


web_CariCarz_SN_iCaur-03-launch_-3.jpg

web_CariCarz_SN_iCaur-03-launch_-1.jpgweb_CariCarz_SN_iCaur-03-launch_-4.jpg


iCaur 03 boleh didapati dalam lima pilihan warna termasuk Silver, Grey, White, Black dan warna eksklusif Aurora Green. Harga bagi varian 2WD dan iWD masing-masing adalah RM119,800 dan RM129,800 Edisi Black Phantom ditawarkan dengan bayaran tambahan RM20,000.


Pembelian termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun/150k km, waranti bateri EV 8 tahun/160k km (1-1 penukaran sekiranya SoH bateri bawah 70%), waranti unit pacuan, BMS dan unit kawalan selama 8 tahun/160k km, program insurans iCARE.


iCAUR turut menawarkan Program Insurans iCARE yang dibangunkan bersama beberapa syarikat insurans yang bukan sahaja untuk melindungi jentera, tetapi juga pengecas EV Wallbox dan kabel pengecas mudah alih, disertai dengan perkhidmatan tunda tanpa had.


Untuk 1,000 pelanggan terawal sehingga 17 Sept ini, ada pakej Early Bird yang merangkumi pengecasan percuma selama 1 tahun melalui aplikasi Jom Charge, pakej gaya hidup eksklusif (GSC, Evolt Karting, JD dll.), serta pengecas di rumah. 


Di peringkat awal, model ini diimport sepenuhnya (CBU) sebelum dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alam pada Januari 2026 nanti. 


Seiring dengan pelancaran ini, iCAUR Malaysia merancang untuk membuka sehingga 18 pusat jualan dan 9 pusat servis di seluruh negara menjelang September, termasuk di Sabah dan Sarawak pada suku ke-4 2025.

Baca: Hab Komponen iCaur Shah Alam Sudah Sedia Lebih 10,000 Alat Ganti Menjelang Ketibaan iCaur 03

Baca: iCaur Malaysia Buka Bilik Pameran Pertama Di Dunia Di Glenmarie, Shah Alam

Baca: Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

Tag:

iCaur Malaysia
iCaur 03
iCaur 03 EV
SUV Elektrik
Pelancaran iCaur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

07-11-2025
Kereta Baru

29-10-2025
EV

06-10-2025
Berita Auto

10-09-2025
Kereta Baru

09-09-2025
Berita Auto

27-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025