Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Syarat Projek WISE Masih Belum Dimuktamad

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembinaan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) akan dimulakan selepas syarikat konsesi mematuhi ‘condition precedent’ (CP) atau syarat duluan yang bakal dimuktamadkan pada tahun 2026.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek itu akan dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (PPP).

“Pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang berusaha dengan beberapa pejabat daerah di setiap kawasan terlibat untuk memastikan proses ini dipercepatkan sebagaimana diarahkan oleh kerajaan Persekutuan supaya dapat dilaksanakan secepat mungkin. Masalah itu masih berpanjangan tetapi bukan menyeluruh, hanya di peringkat tertentu,” katanya.

image.png

Beliau berkata, ketika ini proses pemilikan tanah masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Projek berkenaan turut melibatkan pengambilan 1,600 lot tanah dengan anggaran kos mencecah RM618 juta.

Cadangan pembinaan lebuh raya sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar telah diluluskan kerajaan pada Disember 2023, dan akan dilaksanakan menerusi pendekatan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) oleh pihak konsesi.



Gallery

Tag:

West Ipoh Span Expressway (WISE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-02-2026
Berita Auto

12-09-2025
Berita Auto

20-12-2024
Berita Auto

01-11-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026