Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Deepavali: 2.1 Juta Lebuhraya Utama Bermula 17-22 Okt

Suhana Veru

Kongsi melalui


nafi-kenderaan-SUV-tidak-boleh-didaftarkan-sebagai-e-hailing-(2).jpg

Kira-kira 2.1 juta kenderaan dianggarkan akan bergerak menuju pelbagai destinasi pada cuti perayaan Deepavali ini dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya akan menggerakkan lebih 500 pegawai dan anggota di seluruh negara bagi mengawasi situasi dan pergerakan di sepanjang lebuh raya dan jalan bandaran.

"Pada cuti musim perayaan Deepavali ini, kita anggarkan lebih 2.1 juta kenderaan akan berada di atas lebuh raya untuk orang ramai kembali atau menuju destinasi masing-masing.

"Fokus utama kami (JSPT) adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan di jalan raya terutama di lebuh raya dan jalan bandaran selain lokasi tumpuan ramai seperti kawasan pelancongan. Pegawai dan anggota akan ditugaskan dalam memastikan pengguna kenderaan tidak melakukan kesalahan undang-undang jalan raya, juga bagi menyuraikan peningkatan kenderaan yang bertambah di sesebuah lokasi tumpuan atau hotspot," katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026
Berita Auto

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.

31-03-2026