Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: GAC Emkoo CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM123,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-10-03T115225.369.jpg

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) akhirnya melancarkan GAC Emkoo CKD secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi

Untuk makluman, GAC Emkoo  didatangkan dalam dua varian: Varian Premium RM123,800 manakala varian Premium Pro RM133,8000.

Untuk 500 pelanggan terawal, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM4,000,  serta pakej aksesori percuma bernilai RM10,000. SUV ini juga datang dengan jaminan lima-tahun/150,000 km untuk kenderaan, serta jaminan tujuh-tahun/180,000 km untuk enjin dan sistem janaan.

image.png


Pembeli varian Premium turut menerima Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala pembeli Premium Pro pula dilengkapi dengan Vkool Security Tint untuk perlindungan tambahan. 

Dari segi dimensi, Emkoo berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dengan jarak roda 2,750 mm – sebaris dengan SUV segmen-C lain seperti Kia Sportage, Hyundai Tucson, GWM Haval H6 HEV, dan Honda CR-V.

Melihat luarannya, GAC Emkoo kelihatan cukup menyerlah dengan gaya futuristik kerana SUV ultra-moden ini tampil unik dengan gril berbentuk V tanpa bingkai, direka bersatu dengan badan kereta.

image.png

Rekaan ini disempurnakan dengan sepasang lampu hadapan jenis LED yang dipanggil sebagai “Eyes of Revelation.” Sudut lain yang turut menyerlah adalah rekaan lampu belakang yang diberikan sentuhan ranggi, tersemat kemas pada sudut SUV yang bersegi.

Bahagian dalaman kokpit futuristik memberikan pengalaman terbaik kepada pemandu dengan Head-Up Display (HUD) yang memaparkan maklumat utama terus ke cermin hadapan, disokong oleh kluster instrumen digital LCD 10.25 inci serta sistem infotainment 10.1 inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto.

image.png

Selain itu, dengan kapasiti ruang but seluas 638 liter, ia boleh mencecah sehingga 1,586-liter dengan merebahkan kerusi belakang.

Future Styled SUV ini turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk pakej lengkap ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), dan sistem Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) eksklusif GAC, memastikan keselamatan, keyakinan serta ketenangan dan keselesaan dalam setiap perjalanan.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasanya, ia dipasang dengan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan 270 Nm, kesemua kuasanya dihantar ke roda hadapan (FWD) menerusi kotak gear DCT basah 7-kelajuan.

GAC mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 8.8 saat, manakala kadar penggunaan bahan api hanya 6.6 liter/100 km.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, ia hadir dengan lima pilihan warna iaitu Star Lake Green, Super Star Silver, Graphite Grey, Asphalt Black dan Frost White.

Untuk keterangan lanjut, layari www.gacmotor.com.my .

Gallery

Tag:

GAC Emkoo CKD
GAC GS3 Emzoom
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.

01-02-2024
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800

WTCA secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.

13-10-2024
Berita Auto

GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

18-08-2024
Berita Auto

Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom

GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya.

15-05-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Kereta Baru

Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!

WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...

31-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026