- Berita
- Berita Auto
- Diskaun Saman Trafik 70% Bermula 1 Nov-30 Dis Ini, Selepas Itu Tiada Lagi Diskaun Saman
Diskaun Saman Trafik 70% Bermula 1 Nov-30 Dis Ini, Selepas Itu Tiada Lagi Diskaun Saman
Lagi berita baik untuk anda!
Kerajaan menawarkan diskaun saman sehingga 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini. Tawaran itu dibuat sebelum pelaksanaan mekanisme baharu pembayaran saman yang akan bermula 1 Januari 2026.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kadar diskaun kali ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh PDRM, sebagai peluang terakhir kepada orang ramai untuk menyelesaikan tunggakan saman.
“Sebelum ini potongan hanya sekitar 30 hingga 60 peratus. Untuk dua bulan terakhir tahun ini, kami beri peluang 70 peratus. Setakat ini, jumlah tunggakan saman kira-kira RM6.6 bilion,” katanya.
Difahamkan, selepas tempoh diskaun berakhir, prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay” akan dilaksanakan sepenuhnya oleh PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula tahun hadapan.
“Selepas 30 Disember, tiada lagi tawaran pengurangan besar-besaran. Prinsip baharu ini memberi ganjaran kepada mereka yang membayar lebih awal, dan tiada diskaun bagi yang lewat,” ujarnya.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/