Link Copiedcheck_circle
EV

EV: MITI Sedang Cari Alternatif Untuk Galakkan Orang Ramai Guna EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mencari inisiatif alternatif bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV).


Untuk itu, MITI sedang  berbincang dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi mencari penyelesaian terbaik.


Ini kerana pengecualian duti eksais ke atas kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU) akan dimansuhkan mulai 2026.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, setakat ini tiada cadangan insentif baharu dikemukakan.

“Perbincangan sedang berjalan dengan MoF, bagaimanapun tiada cadangan dikemukakan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Rangkaian Amalan Kawal Selia (GRP) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ke-10 di ibu negara.

Mengenai kutipan duti eksais yang dijangka meningkat 2.3 peratus kepada RM12.79 bilion pada 2026 berbanding RM12.51 bilion tahun ini, beliau menjelaskan perkara itu perlu dirujuk kepada MoF.

MoF sebelum ini dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan menyatakan, penamatan insentif cukai EV CBU akan meningkatkan kutipan duti eksais.

Malaysia menetapkan sasaran 20 peratus daripada jualan kenderaan baharu terdiri daripada EV menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040, dan 80 peratus menjelang 2050.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026