Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EV Paling Mampu Milik Di Malaysia, Proton e.MAS 5 Bakal Dilancar 30 Okt Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas pelbagai spekulasi, kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini.

image.pngimage.png

 Pengeluar automotif nasional itu mengesahkan perkara tersebut melalui saluran media sosial rasminya baru-baru ini.

Terdahulu,tempahan telah pun dibuka secara atas talian dan melalui pengedar sah Proton e.MAS, dengan bayaran tempahan serendah RM99 sahaja. Proton turut mengumumkan harga anggarannya cuma sekitar RM60,000 hingga RM80,000  sekali gus ia kini dianggap  EV paling marhaen di Malaysia. 

Setakat ini, Proton e.MAS 5 telah menerima lebih 3,000 tempahan, kebanyakannya daripada pelanggan yang ingin merebut peluang promosi khas ‘Early Bird’ yang ditawarkan Proton.

Antara keistimewaannya  ialah akan menerima kad edisi terhad Proton e.MAS TnG NFC yang telah dimuatkan dengan kredit prabayar RM100, serta rebat yuran tempahan sebanyak RM500.

image.png

Sebelum ini, dua varian disahkan iaitu varian ‘Prime’  yang dilengkapi bateri 30.12 kWh dengan jarak pemanduan 225 KM (penilaian WLTP), manakala varian ‘Premium’ disumbat dengan bateri 40.16 kWh dimana varian ini menawarkan  jarak pemanduaan sekitar 325 km.

Untuk makluman,  semua varian Proton e.MAS 7 didatangkan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti berasingan untuk bateri voltan tinggi manakala waranti komponennya pula selama 8 tahun atau 160,000 KM (mana-mana terdahulu).

Ketika pelancarannya, pembeli awal e.MAS 7 turut menerima pemasangan pengecas dinding rumah 7 kW bernilai RM1,500, penyesuai V2L bernilai RM500, serta pelan data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800.

Jadi, kita boleh menjangkakan tawaran serupa juga bakal ditawarkan untuk pembeli awal e.MAS 5 nanti.

Jadi,  apa pula pandangan ? Adakah e.MAS 5 ini berpotensi menjadi antara model paling laris seperti mana e.MAS 7? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

Proton e.MAS 5
Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia

Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.

04-03-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026