Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV Termurah Malaysia, Proton e.MAS 5, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM60-80K, Mampukah Saingi EV Pertama Perodua Nanti?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) anak syarikat milik penuh PROTON, menggegarkan pasaran kenderaan elektrik apabila mendedahkan bahawa model terbaharu mereka, Proton e.MAS 5 hanya akan dijual bermula daripada RM60,000 hingga RM80,000 termasuk bateri.

Pengumuman yang dibuat itu membuatkan Proton e.MAS 5 adalah antara EV paling murah di pasaran setakat ini sekali gus menyaingi Neta V  yang dijual pada harga RM99,800 (harga atas jalan tanpa insurans).

Kehadiran Proton e.MAS 5 pada harga yang marhaen itu nampaknya akan memberi tekanan kepada Perodua yang masih dalam proses membangunkan EV pertama mereka. Terdahulu, Perodua ada mendedahkan bahawa EV pertama mereka hanya akan dijual bawah RM80,000 namun Harga itu tidak termasuk dengan baterinya.

Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.

Ini bermakna bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli dan pembeli  akan membeli EV itu tetapi membayar "sewa" untuk bateri kerana ia milik Perodua.

Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah Proton e.MAS 5 mampu menyaingi EV pertama Perodua sebaik ia dilancarkan nanti?

image.png

Ini kerana Proton e.MAS 5 yang sudah dibuka untuk tempahan sejak semalam hadir dengan dua varian iaitu eMAS 5 Prime dan juga eMAS 5 Premium. 

Untuk makluman, varian ‘Prime’hadir dengan pek bateri 30.12 kWh yang menawarkan 250 KM jarak WLTP, manakala ‘Premium’  pula hadir dengan pek bateri lebih besar 40.16 kWh dan jarak lebih jauh 325 KM WLTP.

image.png

 prestasi motor elektrik versi Premium adalah sekitar 85 kW (114 hp) dengan tork 150 Nm, dan ia mampu memecut dari 0 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dalam 3.9 saat. dimana pecutan itu sebenarnya sudah mencukupi untuk kegunaan di bandar.

Malah satu kelebihan menonjol ialah jejari pusingan hanya 4.95 meter, yang terbaik dalam kelasnya. Ini menjadikan kereta lebih mudah dikendalikan di jalan bandar yang sempit serta kawasan parkir.

image.png

Model ini menawarkan ruang but seluas  375 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh  ditingkatkan hingga 1,320 liter. Tambahan pula, terdapat ruang frunk seluas 70 liter di hadapan.

Dari segi ciri keselamatan, Proton e.MAS 5 hadir dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengesan Titik Buta, Amaran Lintasan Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang dan Bantuan Brek Kecemasan.

Bagi yang berminat,  segeralah membuat tempahan kerana 5,000 orang pelanggan pertama  boleh membuat tempahan Proton e.MAS 5 dengan hanya membayar yuran tempahan RM99 sahaja. Mereka juga berpeluang menerima Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC edisi terhad yang diisi dengan RM100, di samping rebat tambahan sebanyak RM500 untuk bayaran tempahan.

Jika berminat, anda boleh membuat pendaftaran  melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di 42 pusat jualan Proton e.MAS di seluruh negara.





Gallery

Tag:

Proton e.MAS 5
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
Global

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?

Geely EX2/Xingyuan terima kemas kini kecil di China selepas mengungguli carta jualan EV 2025. Perubahan ketara melibatkan kabin, kedudukan gear dan logo. Adakah e.MAS 5 CKD Malaysia akan terima naik taraf sama?

28-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026