Link Copiedcheck_circle
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(2).jpg


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia. Projek ini terletak di R&R Seremban (arah Selatan) sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).


Inisiatif ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha untuk memodenkan rangkaian lebuh raya negara sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta  Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB). Projek ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).


Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(4).jpg


Dijangka siap menjelang awal 2027, Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban bakal dilengkapi dengan 20 titik pengecasan pantas DC. Selain itu, turut disediakan ialah lapan tapak jualan barangan runcit serta makanan & minuman (F&B), kemudahan pandu lalu, 30 lot parkir bukan EV, tandas awam dan surau, kesemuanya direka untuk keselesaan pengguna lebuh raya.


Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(5).jpg

Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(7).jpgIntergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(8).jpg


Hab ini dibina dengan infrastruktur solar dan lampu cekap tenaga, menunjukkan komitmen Malaysia terhadap tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari. 


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek ini mencerminkan usaha negara menjadikan kawasan rehat sebagai destinasi mobiliti pintar dan inklusif yang mampu merangsang ekonomi tempatan.


Kini, terdapat 140 titik pengecas pantas di lebuh raya Malaysia, termasuk 114 dalam rangkaian PLUS. Sebanyak 50 lagi titik pengecasan baharu dijangka akan ditambah pada tahun depan. PLUS mensasarkan untuk memperluaskan jaringan ini kepada 350 titik menjelang 2028, selaras dengan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 35% menjelang 2030 dan sifar karbon pada 2050.


Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(17).jpgIntergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(16).jpg


Sempena majlis itu, PLUS dan YGT turut mengumumkan penubuhan Terra ChargEV Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama yang akan membangunkan dan menguruskan hab pengecasan masa hadapan sepanjang rangkaian lebuh raya.


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, menegaskan bahawa hab EV Seremban mewakili visi jangka panjang PLUS untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi dan kelestarian. 


Intergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(29).jpgIntergated-charging-hub-seremban-rnr-caricarz-(32).jpg


Katanya, “Projek ini menggabungkan pengecasan pantas yang efisien dengan pelbagai pilihan F&B, menetapkan standard baharu kemudahan kawasan rehat.”


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGT, Lim Chern Yuan, menyatakan bahawa hab ini menjadi penyelesaian kepada tiga kebimbangan utama pengguna EV iaitu kemudahan, kelajuan dan kebolehpercayaan, sekaligus menggalakkan penggunaan EV agar lebih meluas di seluruh negara.


Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif, berkata lokasi ini yang diiktiraf sebagai R&R lestari pertama di Malaysia akan menjadi penanda aras bagi pembangunan lebuh raya masa depan. 


“Melalui kerjasama dengan kerajaan, projek ini adalah contoh bagaimana inovasi dan kolaborasi awam-swasta boleh memacu masa depan mobiliti lestari negara,” ujarnya.

Tag:

PLUS
Yinson GreenTech (YGT)
Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

PLUS sudah bersedia menghadapi lonjakan trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijangka bermula seawal Khamis ini.

10-02-2026
Berita Auto

Lebih 2 Juta Kenderaan Guna Lebuharaya PLUS Mula Hari Ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah kenderaan di rangkaian lebuh rayanya dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

04-04-2025
Berita Auto

Bas Terbalik, Nasib Baik 20 Penumpang Selamat!

Sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hulu Selangor kelmarin.

06-12-2024
Berita Auto

Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda, Kalau Tak Nak Sangkut Jam

Tidak mahu lebuh raya sesak, semua kerja penyelenggaraan jalan dihentikan.

06-06-2024
Berita Auto

1 Maut, Nahas 3 Kereta

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam tadi.

30-05-2024
Berita Auto

Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam

Kerajaan telah menerima cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Renggam hingga ke Ayer Hitam.

01-04-2024
Berita Auto

Tiada Sebarang Cadangan Untuk Naikkan Had Laju.

Had laju di negara ini dikekalkan.

20-03-2024
Berita Auto

Elak Guna PLUS Pada Waktu Puncak

PLUS sesak bermula pukul 5-6 petang sempena bulan Ramadan ini.

09-03-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026