Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-17.jpgMazda-CX-80-PriceUpdate.jpg


Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah mengemaskini harga jualan bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G versi hibrid plug-in (PHEV). Model ini kini ditawarkan di pasaran pada harga RM295,000. 


Harga yang baru diumumkan ini lebih rendah sebanyak RM35,000 berbanding harga asal yang didedahkan semasa pelancaran iaitu RM330,000. 


web_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-4.jpgweb_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-1.jpg


Walaupun harga kini berbeza dan lebih rendah, spesifikasi Mazda CX-80 kekal sama dengan versi pelancaran, dengan hanya satu varian disediakan iaitu 2.5G PHEV AWD yang diimport sepenuhnya (CBU). 


Model PHEV pertama dari Mazda Malaysia ini dikuasakan oleh enjin 2.5 liter 4 silinder dengan sistem PHEV yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 323 hp dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan. 


web_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-12.jpg


Menurut Mazda, sistem trenkuasa yang digunakan cukup efisien dengan purata penggunaan bahan api hanya sekitar 1.6 liter bagi setiap 100 km.


Dilengkapi bateri litium-ion berkapasiti 17.8 kWj, CX-80 PHEV mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 65 km. Baterinya menerima pengecasan AC sehingga 7.2 kW, membolehkannya dicas penuh dalam masa hanya 2 jam 30 minit.


web_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-18.jpg


Dibina berasaskan platform Large Product Group terbaru Mazda, CX-80 merupakan versi tiga baris bagi model bersaiz sederhana CX-60. Ia memiliki panjang 4,995 mm, lebar 1,890 mm dan tinggi 1,705 mm dengan jarak roda 3,120 mm. Saiz ini meletakkan CX-80 pesaing kepada SUV tiga baris premium Eropah yang lain seperti Volvo XC90 dan Audi Q7.


web_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-10.jpgweb_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-13.jpgweb_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-8.jpgweb_CariCarz_MBA_Mazda-CX-80_-16.jpg


Dengan pengurangan harga yang ketara dan teknologi PHEV canggih, Mazda CX-80 muncul sebagai salah satu pilihan menarik kepada sesiapa yang mencari sebuah SUV mewah yang praktikal dan mesra alam di pasaran Malaysia.

Baca: Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Tag:

Mazda CX-80
Mazda CX-80 2025
Mazda CX-80 2.5G PHEV AWD
Mazda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2025
Berita Auto

03-09-2025
Berita Auto

23-08-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Berita Auto

03-12-2024
Global

19-04-2024
Global

14-02-2024
Kereta Baru

01-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026