Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Jaecoo-J7-Side-Step_Toolkit-Box_2.jpg


Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan sesuatu yang istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD, melalui media sosial rasmi. Jenama automotif itu menawarkan dua aksesori rasmi tambahan  bagi setiap pembelian model tersebut pada harga hanya RM5,000 (harga asal: RM7,500).


Naik Taraf Eksklusif J7 AWD


Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Jaecoo, pembeli J7 AWD akan menerima dua aksesori premium, sekali gus meningkatkan aura lasak kenderaan ini.



Aksesori tambahan yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Pemijak Sisi Automatik: Selain memudahkan pengguna untuk keluar dan masuk kenderaan, pemijak sisi yang boleh terbuka dan tertutup secara automatik ini juga membuatkan jentera kelihatan lebih mewah kerana diserikan dengan lampu.
  • Kotak Peralatan Sisi (Side Toolkit Box): Kotak simpanan peralatan ini dipasang pada tingkap belakang sebelah penumpang, di antara tiang C dan tiang D. Aksesori ini sangat praktikal untuk pengguna yang suka membuat aktiviti luar atau ingin menyimpan peralatan kecemasan dengan kemas.

web_Jaecoo-J7-Side-Step_Toolkit-Box.jpg


Kehadiran aksesori  tambahan yang sudah mula ditawarkan sejak September ini meningkatkan lagi daya tarikan J7 AWD dalam segmen SUV premium.


Jaecoo J7 Di Malaysia


social_MA_CariCarz_Jaecoo-J7-Launch_-11-full.jpg


Jaecoo J7 mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai tahun lalu dan telah dipasang secara tempatan (CKD) di kilang milik syarikat induknya, Chery, di Shah Alam. Unit yang dikeluarkan di Malaysia turut dieksport ke pasaran jiran.


Di Malaysia, SUV ini ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu:

  • Varian Pacuan Dua Roda (2WD)
  • Varian Pacuan Semua Roda (AWD)
  • Varian Hibrid Plug-in (PHEV) yang dilancarkan pada Februari tahun ini.

Varian 2WD dan AWD dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter 4 silinder pengecas turbo yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Varian J7 AWD terkenal dengan sistem pacuan yang lebih mantap, lengkap dengan tujuh mod pemanduan dan laluan.

 

Sementara itu, varian J7 PHEV pula dikuasakan oleh gabungan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan motor elektrik dan pek bateri 18.3 kWj. Gandingan ini, bersama kotak gear automatik DHT, membolehkan ia mencapai jarak gabungan petrol-elektrik yang menakjubkan, lebih daripada 1,300 km, menyerlahkan tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi.


Baca: Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan


Harga Kekal, ‘Nilai’ Bertambah


Jaecoo-J7-M4TREC-OffRoad-6-full.jpg


Dengan penambahan aksesori mewah ini, pembeli varian J7 AWD dapat memiliki jentera yang lebih ranggi pada harga RM153,800, hanya RM5,000 lebih tinggi berbanding harga asal tanpa aksesori ini, RM148,800.


Untuk makluman pembaca, model asas J7 2WD dijual pada RM138,800, manakala varian J7 PHEV pula ditawarkan pada harga RM158,800. 


Pada pendapat anda, berbaloikah membayar lebih untuk kedua-dua aksesori baharu ini?


Baca: Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Tag:

Jaecoo J7
Jaecoo J7 AWD
Jaecoo J7 Malaysia
OMODA JAECOO Malaysia
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Berita Auto

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

20-01-2026
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025
Kereta Baru

Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.

28-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026