Link Copiedcheck_circle
EV

Laku Seperti Pisang Goreng Panas, Lebih 1,600 Unit Proton e.MAS 5 Ditempah Dalam 24 Jam!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Proton-eMAS5-Booking.jpg


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) berjaya mencatatkan jumlah tempahan yang tinggi iaitu sebanyak 1,607 dalam masa hanya 24 jam selepas tempahan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 5 dibuka pada 4 Oktober 2025. Dengan harga anggaran bermula antara RM60,000 hingga RM80,000, e.MAS 5 muncul sebagai EV paling mampu milik setakat ini di Malaysia. 


Spesifikasi Proton e.MAS 5


Proton-eMAS5-Booking-2.jpgProton-eMAS5-Booking-1.jpg


Pembukaan tempahan Proton e.MAS 5 dibuat secara dalam talian dan ditayangkan secara serentak di pelbagai platform media sosial. 


Model ini diasaskan daripada model Geely Geome Xingyuan yang merupakan kereta penumpang paling laris di pasaran China pada separuh pertama tahun 2025. Proton menawarkan dua varian e.MAS 5, iaitu Prime dengan bateri LFP 30.12 kWj mampu mencapai jarak 250 km dan Premium dengan bateri lebih besar iaitu 40.16 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 325 km, berdasarkan standard WLTP.


web_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-20.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-21.jpg

web_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-30.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-31.jpg


Kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC sehingga 71 kW, membolehkan pengecasan dari 30% ke 80% dalam masa hanya 21 minit.


web_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-8.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-16.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-1.jpgweb_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-7.jpg


Walaupun dikategorikan sebagai hatchback segmen B, ruang kabin e.MAS 5 menyerupai segmen C dengan pelbagai kemudahan moden seperti skrin infotainmen tengah 14.6 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, sistem kamera 360 darjah, kluster meter digital 8.8 inci dan banyak lagi.


Tawaran Istimewa Untuk Tempahan Awal


web_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-25.jpgProton-eMAS5-Booking-4.jpg


Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau di mana-mana daripada 43 cawangan pusat pengedaran sah Proton e.MAS seluruh negara. 5,000 pembeli terawal bakal menerima kad NFC Touch ‘n Go edisi terhad yang telah dimuatkan dengan kredit RM100, selain diskaun RM500 daripada bayaran tempahan.

Baca: Proton e.MAS 5, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM60-80K

Tag:

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET)
Proton e.MAS 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

10-03-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
EV

04-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

19-01-2026

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026