Link Copiedcheck_circle
Global

Omoda 4 Ditayang, Berkonsepkan Mecha, Bakal Dilancar Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Omoda 4 (O4) membuat penampilan sulungnya di Omoda & Jaecoo International User Summit 2025 yang sedang berlangsung di Wuhu, China. 

image.pngimage.png


Sebelum ini, ia diperkenalkan sebagai Omoda C3 pada awal tahun ini, namun crossover sporty segmen-B ini diberi nama baharu iaitu Omoda 4, dan bakal menjadi produk global seterusnya bagi O&J.

image.png

Menjengah luarannya, Omoda 4 baharu ini menampilkan gaya yang sama dengan model kembarnya terdahulu, dan hadir dengan  reka bentuk  yang lebih tajam membuatkan penampilannya agak sporty.

Menjengah  bahagian hadapan, O4 dilihat  lebih kemas, menampilkan lampu utama LED jenis bertingkat selain  saluran  udara hadapan berbentuk heksagon selain hadir dengan pelbagai elemen berbentuk heksagon pada lengkung tayar, cermin sisi, dan juga pemegang pintu.

Selain bumbung dua tona berwarna gelap dan fender belakang yang menonjol, O4 turut dilengkapi dengan  rim aloi 18 inci.

image.pngimage.png

Bahagian belakang O4 pula lebih ringkas, menampilkan rekaan pintu belakang yang kemas, lampu belakang LED nipis dengan corak pencahayaan zig-zag ala Omoda C7, spoiler bumbung, serta kemasan bampar plastik belakang yang sepadan dengan pelapik sisi.

Tema mecha juga diteruskan ke bahagian dalam kabin O4, dimana terdpaat butang penghidup enjin gaya jet pejuang yang terletak di konsol tengah. Ciri-ciri lain termasuk tempat duduk hadapan sporty dengan jahitan heksagon, skrin infotainmen tegak, bumbung kaca panoramik luas, ruang but besar dengan tayar simpanan kecil, dan banyak lagi.

image.png

Memandangkan acara hari ini hanyalah pratonton, maka banyak butiran tidak  didedahkan , termasuk enjinnya. 

Bagaimanapun, lencana ‘225T’ pada pintu belakang mungkin menunjukkan jumlah tork yang dihasilkan, seperti mana dilihat pada beberapa model lain keluaran Kumpulan Chery.

image.pngimage.png

Jadi ada kemungkinan O4  ini  menggunakan enjin petrol turbo Acteco 1.5 liter 4 silinder yang sama seperti Chery O5, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 154 hp dan tork 230 Nm.

Selain itu, tidak kelihatan  port pengecasan sekali gus  juga menguatkan ia bukannya kereta elektrik.

image.pngimage.png

Buat masa ini, Omoda 4 baharu dijangka membuat penampilan global rasminya sekitar tahun 2026, dan bakal menjadi model paling kompak dalam barisan produk global O&J, selain Jaecoo J5.

Difahamkan juga akan ada versi lebih sporty dikenali sebagai Omoda 4 Ultra, yang menampilkan kit gaya tambahan dan beberapa kelainan reka bentuk, dan akan diperkenalkan minggu hadapan.

Jadi, nantikan kemunculannya!


Gallery

Tag:

2024 Omoda Jaecoo International User Summit
OMODA JAECOO
Omoda 4 Global Preview
Omoda 4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-07-2026
Kereta Baru

09-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
EV

04-11-2025
Global

20-10-2025
Berita Auto
Global

17-10-2025

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026