Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-P-GO-1.png


Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go, inovasi yang menyempurnakan lagi pakej gaya hidup ‘elektrik’ dan futuristik menjelang pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua pada hujung tahun ini. 


Jam Pintar P-Go: Bukan Sekadar Penunjuk Masa


Jam pintar pertama keluaran Perodua ini tidak jauh berbeza daripada jam pintar lain di pasaran yang hadir dengan ciri seperti pengimbas kesihatan, rekod tidur, kawalan muzik dan banyak lagi. Namun, keistimewaannya terletak pada kebolehannya untuk berfungsi sebagai kunci kenderaan bagi model Perodua yang menyokong sistem masuk tanpa kunci.


image.png


Majlis pelancaran aplikasi super atau super app, P-Circle


Dengan memakai jam ini, pengguna boleh mengawal kenderaan melalui ciri P-Vehicle. Tindakan seperti membuka dan mengunci pintu kereta, membuka dan menutup bonet, malah menghidupkan enjin kenderaan boleh dilakukan terus melalui jam pintar. Kehadiran semua fungsi ini membolehkan pemilik Perodua tidak lagi perlu  lagi membawa kunci fizikal. 


Buat masa ini, ciri kawalan kenderaan ini hanya boleh digunakan untuk model-model Perodua termasuk Myvi, Ativa, Alza dan Axia. Untuk mengaktifkan ciri ini, pelanggan perlu membuat tetapan signal RF di pusat servis Perodua yang terdekat. 


Yang menariknya, menurut Perodua, jenama lain juga boleh memanfaatkan sistem yang sama melalui kemas kini perisian pada masa akan datang.


Hasil Kerja Tempatan, Pelaburan Masa Depan


Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-38.jpg

Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-39.jpgCaricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-40.jpg


Sama seperti aplikasi P-Circle, perisian dan reka bentuk jam pintar P-Go  ini dihasilkan oleh bakat tempatan. Namun, dari segi perkakasan, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, mengakui bahawa sebahagiannya terpaksa diimport dari luar negara.


Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-44.jpgCaricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-42.jpg


Beliau menekankan bahawa melalui proses ini, Perodua telah menarik syarikat-syarikat luar tersebut untuk melabur dalam industri jam pintar di dalam negara, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam rantaian bekalan teknologi tempatan.


Ciri Teknikal Jam Pintar P-Go


Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-43.jpgCaricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-41.jpg


Dari segi spesifikasi, jam pintar P-Go menggunakan sistem 3RQOS. Dengan pengecasan penuh, jam tangan ini boleh bertahan sehingga 12 hari untuk penggunaan normal dan enam hari untuk penggunaan yang intensif. 


Ketersediaan & Harga Jam Pintar P-Go


Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-20.jpg


Zainal turut mendedahkan bahawa model yang dipamerkan buat masa ini adalah varian dengan muka yang lebih besar. Tidak lama lagi, Perodua akan memperkenalkan versi yang lebih kecil yang lebih sesuai untuk wanita. Jam pintar ini dijangka mula dijual secara dalam talian melalui aplikasi P-Circle pada hujung tahun ini pada harga RM950.

Baca: EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Caricarz-MBA-Perodua-P-Circle-Launch-28.jpg

Tag:

Perodua
Perodua P-Circle
Perodua P-Go
P-Go
Jam Tangan Pintar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Gaya Hidup
Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Gaya Hidup

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026