Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SPRM Sita 18,000 Tayar, Pengeluar Tayar Antabangsa Mahu Bantu Periksa Ketulenan Tayar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa syarikat pengeluar tayar antarabangsa akan menyalurkan bantuan untuk memeriksa dan mengesahkan ketulenan 18,000 tayar yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), baru-baru ini.

Langkah itu diambil bagi mengesan status tayar yang disita di 23 lokasi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan johor dalam Op Grip.

Sumber berkata, "Siasatan awal mendapati tayar diseludup membabitkan pelbagai kategori termasuk tayar baharu yang tidak diisytiharkan dengan betul.

"Ia juga termasuk  tayar terpakai dan tayar celup yang tidak menepati piawaian keselamatan," katanya.

Sumber berkata, kegiatan penyeludupan itu dipantau rapi SPRM selama kira-kira enam bulan sebelum operasi besar-besaran terbabit dilancarkan.

Setakat ini, katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih tertumpu kepada usaha mengesan dan menyita aset lainyang disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

"Siasatan mendapati pihak terbabit kegiatan itu mengemukakan dokumen import tidak tepat termasuk pernyataan nilai, klasifikasi atau sijil kualiti yang tidak sejajar dengan pengisytiharan sebenar bagi bertujuan mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar," katanya. 

Gallery

Tag:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Masih Ramai Terlibat? 13 Lagi Pemeriksa Kenderaan Ditahan, Terima Rasuah

Tiada yang terselamat, 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket meluluskan kenderaan berat secara tidak sah setelah ‘kenyang menerima suapan’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

09-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026