Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempahan Hyundai Staria CKD Kini Dibuka, Dari 179K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Hyundai-Santa-Fe-Tucson-Staria-Price-Announcement_-4.jpg


Hyundai Motor Malaysia (HMY) kini secara rasmi membuka tempahan bagi model MPV bersaiz besar, Hyundai Staria, yang kini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom, Kulim, Kedah.


Untuk makluman, model Staria telah diperbaharui di Malaysia beberapa bulan lalu dengan pengenalan versi facelift tahun 2025, namun ketika itu masih lagi dalam versi import sepenuhnya (CBU). 


web_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_.jpg


HMY mendedahkan bahawa kesemua varian Staria ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Jet Black, Snow Flake White Pearl, Meteor Grey dan Stormy Sea. Harga pula kekal sama seperti sebelumnya iaitu bermula dari RM179,888 hingga RM267,888.


Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, tetapi dipercayai pilihan bagi model ini kekal sama seperti dahulu iaitu dalam empat varian. Versi CBU sebelum ini,  hadir dengan tiga varian 10 tempat duduk dan satu varian 7 tempat duduk. 


web_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-10.jpg


Kesemua varian menggunakan enjin 2.2 liter empat silinder turbodiesel yang menghasilkan kuasa 177 hp dan tork 431 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.


Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, semua varian Staria 2025 menerima peningkatan kecil dari segi visual, ini termasuklah penggunaan warna gangsa pada logo, bingkai lampu depan, gril, penutup cermin sisi dan kemasan bampar. Rim dua warna bersaiz 18 inci juga telah dikemaskini.


web_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-9.jpgweb_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-7.jpgweb_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-6.jpgweb_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-8.jpg


Bergerak ke bahagian dalam, semua varian hadir dengan tempat duduk kulit Nappa, panel instrumen digital 10.25 inci, skrin sentuh infotainmen 8 inci lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kamera 360 darjah dan sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara.


Hanya varian Prestige dengan 7 tempat duduk menampilkan hadir dengan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang lengkap. Untuk maklumat lanjut mengenai Staria 2025, boleh merujuk kepada laporan pratonton dan pelancaran rasmi yang pernah kami siarkan.

web_MA_HMY_Preview_2025-Hyundai-Staria_-2.jpg

Tag:

Hyundai Staria
Staria 2025
Hyundai Staria CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hyundai Staria Electric Diperkenalkan – Cas 20 Minit, Cecah 400 KM

Selepas kejayaan barisan model IONIQ, kini tiba masa untuk MPV Hyundai Staria pula muncul dengan teknologi elektrik. Model yang dinamakan Staria Electric ini diperkenalkan di acara automotif Brussels Motor Show.

12-01-2026
Berita Auto

Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.

17-10-2025
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.

02-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K

Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.

02-07-2025
Kereta Baru

Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria

Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.

02-07-2025
Kereta Baru

MPV Eksklusif: Hyundai Staria 2025 Ditayang, Ada 4 Varian, Luar, Dalam Eksklusif

Sempena majlis pratonton media, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Staria yang hadir dalam versi tujuh dan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan.

24-06-2025
Berita Auto

Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!

Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

04-11-2022
Berita Auto

Hyundai Staria: Model Seperti Kapal Angkasa ini Akan Dilancarkan Di Malaysia

Pengedar rasmi kereta keluaran Hyundai di Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan MPV mewah.

19-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026