Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2026-Zeekr-7X-Caricarz-(1).jpeg


Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China. Versi model tahun 2026 telah diperkenalkan dan dibuka untuk pra-tempahan di negara tersebut.


Zeekr 7X 2026 tampil dengan prestasi yang lebih berkuasa, sistem bantuan pemandu yang lebih pintar dan binaan elektrikal 900 volt. Perubahan yang diberikan ini cukup ketara berbanding versi yang baru dilancarkan di negara kita.


Perubahan Kosmetik Kecil 


2026-Zeekr-7X-Caricarz-(4).jpg


Gambar intipan yang dikongsi sebelum ini melalui Weibo telah mendedahkan pandangan pertama reka bentuk luar SUV elektrik ini yang telah dikemas kini. Model ini menerima bampar depan di bahagian bawah dalam rekaan baharu, lampu belakang yang direka semula dan kini memanjang lebih jauh ke pintu but belakang, serta kedudukan plat nombor yang diletakkan lebih tinggi. 


Kluster lampu tambahan (undur/kabus) telah dialihkan ke bahagian badan yang berwarna sama di belakang kereta, mencipta perbezaan visual yang lebih menonjol, sementara rekaan rim aloi terbaru menambah elemen segar pada penampilan luar. Walaupun dengan penambahbaikan ini, 7X masih kekal dengan siluet fastback dan ukuran yang sama seperti model semasa dengan panjang 4,825 mm dan jarak roda 2,925 mm.


Prestasi Mencecah 784 HP, Pecutan Kurang 3 Saat!


Di China, Zeekr 7X 2026 yang diperkenalkan ini ditawarkan dalam tiga spesifikasi dan varian berbeza. Varian 75 kWh RWD Max menggunakan satu motor ini yang menjana 496 hp dengan kemampuan pecutan dari 0–100 km/j dalam masa 5.4 saat. Angka ini jauh lebih pantas berbanding model spesifikasi Malaysia RWD sedia ada yang hanya menjana 421 hp. Jarak gerak maksimum varian ini mencecah 620 km (CLTC) dengan penggunaan teknologi bateri Golden Brick Geely yang terkini.


Seterusnya, varian 103 kWh RWD Max pula menggunakan pek bateri Qilin dari CATL, varian ini mengekalkan output 496 hp tetapi menawarkan jarak gerak tertinggi dalam kelasnya, iaitu 802 km (CLTC).


Akhir sekali, varian yang tertinggi, AWD Ultra, menggunakan sistem dua motor yang menghasilkan gabungan kuasa 784 hp dan 710 Nm, membolehkannya membuat pecutan abad (0-100 km/j) dalam masa hanya 2.98 saat, dengan jarak perjalancan elektrik mencecah 715 km (CLTC).


Teknologi Pengecasan 900 Volt: Cas 10% ke 80% Dalam 10 Minit


Semua varian kini dibina di atas platform bervoltan tinggi 900 volt, yang secara drastik memendekkan masa pengecasan. Zeekr mendakwa ia hanya mengambil masa 10 minit untuk dicas daripada 10% kepada 80%.


Sebagai perbandingan, Zeekr 7X spesifikasi Malaysia menggunakan binaan elektrikal 800 volt, yang membolehkan pengecasan 10–80% dalam kira-kira 10.5 minit pada kadar 450 kW. 


Sistem Pemanduan Pintar: G-Pilot H7 Dengan Kuasa Cip Nvidia


2026-Zeekr-7X-Caricarz-(6).jpg


Kelebihan terbesar Zeekr 7X 2026 terletak pada pakej sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang digunakan kali ini. Semua varian kini dilengkapi dengan sistem G-Pilot H7 Zeekr, dikuasakan oleh cip Nvidia Drive Thor-U yang mampu memproses pada kadar 700 TOPS. 


Sistem ini membolehkan navigasi automatik di lebuh raya dan kawasan bandar, termasuk fungsi navigasi pintu ke pintu tanpa memerlukan peta HD, yang merupakan inovasi pertama bagi SUV bersaiz sederhana jenama Zeekr.


Kabin Kekal Minimalis, Tambahan Ciri Mewah


2026-Zeekr-7X-Caricarz-(9).jpg2026-Zeekr-7X-Caricarz-(10).jpg


Di bahagian dalam, aura minimal dikekalkan namun sarat dengan teknologi canggih. Tetapi untuk versi kali ini, Zeekr 7X turut ditawarkan dalam warna tema baharu iaitu jingga dan ungu. Kelengkapan seperti skrin infotaimen 15.05 inci, kluster instrumen 13.02 inci dan stereng rata di bawah masih mendominasi ruang dashboard. 


Ciri-ciri keselesaan premium termasuk pintu automatik tanpa bingkai yang menggunakan teknologi sensor, peti sejuk kecil (dengan fungsi penyejukan dan pemanasan), meja belakang dan ruang but yang luas mencecah 905 liter. Pilihan tambahan seperti rim 19 hingga 21 inci, kaliper brek merah dan cangkuk tundaan yang boleh disorokkan (retractable) turut dijangka ditawarkan.


2026-Zeekr-7X-Caricarz-(2).jpg


Zeekr masih belum membuat sebarang pendedahan bilakah versi 2026 ini akan memasuki pasaran eksport. Jika mengikuti corak pelancaran terdahulu, Malaysia dijangka akan menerima 7X terbaru ini menjelang penghujung tahun 2026.

Sumber: CarNewsChina

Baca: Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

Baca: Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Tag:

Zeekr
Zeekr 7X
SUV Elektrik
EV Zeekr
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026