Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

24,202 Pemilik Kenderaan Asing Masih 'Buat Tak Tahu' Mengenai VEP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-11-24T114335.267.png


Penguatkuasaan penuh Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan Malaysia–Singapura sejak 1 Julai lalu telah menyaksikan pihak berkuasa mula mengenakan tindakan tegas terhadap orang ramai yang tidak mematuhi arahan. Ini terbukti melalui  4,634 saman VEP yang telah dikenakan, setelah pemeriksaan dibuat ke atas 65,039 unit kenderaan dari negara jiran. 


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melaporkan bahawa saman tersebut membabitkan kutipan kompaun mencecah RM1.39 juta. 


Timbalan Ketua Pengarah Perancangan & Operasi JPJ Malaysia, Datuk Jazmanie Shafawi, dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata bahawa pihaknya turut mengesan seramai 24,202 pemilik kenderaan asing yang masih belum mengaktifkan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk VEP mereka.



Angka tersebut menunjukkan bahawa masih ramai pemilik kenderaan asing bersikap ingkar untuk mengaktifkan tag RFID meskipun penguatkuasaan penuh telah dimaklumkan kepada umum.


Jumlah kenderaan yang belum mengaktifkan RFID ini merangkumi:

  • 16,404 kenderaan persendirian individu
  • 7,798 kenderaan persendirian syarikat

Untitled-design---2025-11-24T114413.568.png


Beliau mendedahkan, dalam tempoh singkat hanya 15 hingga 20 November 2025 sahaja, sebanyak 159 saman telah dikeluarkan kepada kenderaan Persendirian Syarikat yang masih dalam status pradaftar VEP.


Saman Wajib Diselesaikan Sebelum Keluar Malaysia


Mengulas lanjut mengenai tindakan penguatkuasaan, Datuk Jazmanie menegaskan bahawa tindakan ini selaras dengan Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Setiap pemilik kenderaan asing yang disaman wajib menyelesaikan bayaran sebelum keluar dari Malaysia dan bayaran boleh dibuat melalui myEG,” katanya.

Tag:

VEP
Permit Masuk Kenderaan (VEP)
Malaysia–Singapura
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenderaan Singapura Tanpa VEP Masih Boleh Masuk Malaysia, Terima Notis Amaran

Pemilik kenderaan dari Singapura yang belum memiliki Permit Masuk Kenderaan (VEP) masih diberi kelonggaran memasuki Malaysia.

01-10-2024
Berita Auto

Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).

02-07-2024
Berita Auto

Bayar Saman Dulu Sebelum Keluar M'sia

Kenderaan asing diminta mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan VEP.

26-06-2024
Berita Auto

Kenderaan Asing WAJIB Ada VEP

Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP.

28-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025