Link Copiedcheck_circle
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Charge-Sini-Idle-Fee-30-Min-Caricarz-(3).jpg


ChargeSini, salah satu  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) kenderaan elektrik (EV) yang kini sedang berkembang pesat di Malaysia mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.  


Ini bermakna, pemilik EV yang menggunakan pengecas ChargeSini kini mempunyai masa selama setengah jam untuk mencabut nozel pengecas dan mengalihkan kenderaan sebelum caj kelonggaran mula dikenakan.


Lebih Fleksibel, Caj Kekal Sama


Charge-Sini-Idle-Fee-30-Min-Caricarz-(2).jpg


ChargeSini menjelaskan bahawa keputusan untuk melanjutkan tempoh ini dibuat berlandaskan tabiat pengecasan dunia sebenar. Kebiasaannya pemandu menghabiskan waktu dengan makan atau membeli-belah sementara menunggu EV dicas, atau mungkin juga perlu berjalan jauh sebelum sampai ke kereta. Turut dipertimbangkan adalah cabaran bagi warga emas untuk mengakses EV dalam waktu yang singkat. 


Tambahan tempoh masa kelonggaran ini memberi  fleksibiliti lebih kepada pengguna EV, tanpa sebarang perubahan pada caj kelonggaran asal yang dikenakan iaitu RM1 untuk setiap lima minit yang juga hanya akan aktif sekiranya penggunaan ruang stesen pengecas mencapai 50%.


Cas Tengah Malam (12 Pagi - 9 Pagi) Terkecuali


Dalam usaha untuk memberikan ketenangan fikiran kepada para pengguna, terdapat situasi yang dikecualikan caj kelonggaran iaitu antara jam 12 tengah malam hingga 9 pagi bagi membolehkan pengguna, terutamanya yang tinggal di kondominium, mengecas kereta pada waktu malam tanpa perlu mengalihkan kereta pada awal pagi.


Ini menunjukkan pendekatan caj idle yang dikenakan di lokasi padat bukanlah untuk ‘mendenda’ pengguna, sebaliknya mahu menjamin akses pengecas yang saksama. Dengan mengehadkan tempoh penggunaan pengecas yang berpanjangan di kawasan padat, lebih ramai pemandu EV dapat mengecas apabila diperlukan.


Charge-Sini-Idle-Fee-30-Min-Caricarz-(5).jpg


Walau bagaimanapun, diingatkan, sekiranya palang parkir di ruang pengecasan telah diturunkan dan tiada sambungan nozel dibuat dalam tempoh kelonggaran awal 15 minit, caj tetap akan dikenakan.


Rangkaian Pengecasan ChargeSini Semakin Meluas


ChargeSini kini mengendalikan lebih daripada 1,200 titik pengecasan di seluruh negara, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu rangkaian pengecasan EV yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan fokus pada aksesibiliti dan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Tag:

ChargeSini
Pengecas EV
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan.

01-09-2025
EV

Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Meta Bright Group Berhad menjalin Kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

12-07-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Cas EV Sementara Beli-Belah – ChargeSini Kini Di Bangi Gateway & Q Sentral

ChargeSini lancar stesen pengecasan di Q Sentral, Kuala Lumpur dan Bangi Gateway Mall, Selangor.

26-05-2025
EV

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO) utama, ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go.

07-05-2025

Berita Terkini

EV

Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam

Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam.

19-12-2025
EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025