- Berita
- EV
- EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV
EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik mereka di kilang Tan Chong Motor.
Untuk itu, Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB) bagi kerjasama dalam projek kenderaan elektrik (EV).
Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, di bawah LOI yang berkuat kuasa mulai 13 November 2025 itu, TCMA akan menyediakan barisan perkhidmatan salutan dan pengecatan EV serta penyewaan dan penggunaan barisan pemasangan tertentu yang ditetapkan kepada PSSB.
Rasional memeterai LOI itu adalah untuk mengoptimumkan kapasiti kilang pemasangan sedia ada untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memaksimumkan penggunaan aset.
"Ia juga peluang untuk mengembangkan penyertaan TCMH dalam segmen kenderaan elektrik industri automotif Malaysia," katanya dalam pengumumannya di Bursa Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

