Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kereta Naik, Kerajaan Cari Kaedah Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Harga kereta bakal naik bermula tahun depan?

Untuk itu, kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras penguatkuasaan peraturan cukai eksais P.U.(A) 402/2019 yang dijadualkan bermula tahun depan.

Memetik  kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di akhbar Berita Harian sebagai, berkata kerajaan akan mengambil langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan kenaikan harga kenderaan tempatan kepada rakyat.

"Berhubung kesan pelaksanaan peraturan ini kepada peningkatan harga, ia masih belum dapat dipastikan memandangkan model perniagaan syarikat pemasang kenderaan tempatan adalah berbeza antara satu sama lain menyebabkan berlakunya ketidakseragaman pengenaan cukai eksais ke atas kenderaan yang dikilang.

"Kerajaan telah membuat pengumpulan data dan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri bagi mendapatkan pandangan serta penyelesaian kepada isu yang berbangkit.

"Sehubungan itu, kerajaan kini sedang mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras dengan penguatkuasaanperaturan P.U. (A) 402/2019," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, pada ketika ini, pengecualian terhadap pelaksanaan peraturan P.U. (A) 402/2019 diberikan eksklusif untuk pengilang bagi pemasangan kenderaan tempatan (CKD) sahaja.

"Pengecualian ini diputuskan susulan kebimbangan pihak industri automatif tempatan mengenai kenaikan harga kenderaan secara mendadak.

image.png

"Ia kesan daripada penguatkuasaan peraturan tersebut dan bagi membolehkan industri bersedia dengan pelaksanaan peraturan P.U. (A) 402/2019 kelak," katanya.

Sebelum ini dilaporkan, harga ken­deraan dijangka naik tahun depan, susulan penguatkuasaan peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 yang dijadualkan bermula pada 2026.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu penjelasan lanjut berhubung pembaharuan pengenaan cukai tersebut daripada Kementerian Kewangan.


Gallery

Tag:

Harga kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Harga Kereta Akan Naik Berperingkat? Ini Puncanya...

Kenaikan harga kereta akan berlaku secara berperingkat.

18-07-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026