Link Copiedcheck_circle
Global

JMS 2025: 3 Lexus LS Concept Didedah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lexus juga tidak ketinggalan daripada  mempamerkan tiga kereta konsepnya, LS pada pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang diadakan  di Jepun, baru-baru ini

Ketiga-tiga kereta konsep LS itu membawakan visi tersendiri tentang bagaimana nama LS boleh diolah semula sama ada dalam masa terdekat atau jangka panjang. 

image.pngimage.png

Bermula dengan kereta konsep LS, MPV enam roda ini dilihat menawarkan kabin yang cukup selesa namun ukuran dimensinya tidak didedahkan.

image.png

Sebaliknya, saiznya yang panjang sudah jelas menunjukkan MPV ini  hadir dengan tiga barisan tempat duduk manakala bahagian kabinnya dilengkapi dengan kemasan mewah dan moden.

image.pngimage.png

Malah, tempat duduknya yang kelihatan seolah-olah kelas Business dalam pesawat,  lengkap dengan tingkap sisi jenis berjalur manakala  bahagian pemandu pula menggunakan stereng gaya ‘yoke’ dan dua skrin digital 

Lexus mendakwa bahawa MPV mewah ini akan menjadi bentuk mobiliti mewah masa depan, menggantikan kereta konsep sedan.  Malah, ada yang menyatakan bahawa ‘LS’ kini tidak lagi bermaksud “Luxury Sedan”,sebaliknya “Luxury Space”.

image.png

Selain MPV enam roda itu, Lexus menayangkan LS Coupe Concept yang lebih konvensional. Model ini menggambarkan masa depan di mana LS berevolusi menjadi coupe crossover mewah dengan rekaan yang cukup berani.

Model ini hadir dengan ruang belakang yang agak pelik selain stereng gaya yoke, ada dua skrin digital dan skrin besar untuk penumpang hadapan.

image.pngimage.png

Sementara itu, model ketiga adalah LS Micro Concept dimana LS bermaksud “Luxury Space”. Walaupun hanya menempatkan satu penumpang, kereta konsep ini mengekalkan tahap kemewahan dan teknologi tinggi yang sama seperti mana dua kereta konsep di atas.

image.pngimage.png

Antara ciri yang menarik ialah rekaan kabinnya berbentuk kotak permata, menggunakan kayu mewah namun ia tidak mempunyai stereng dan pedal. Ini menunjukkkan ia adalah kenderaan autonomi sepenuhnya.

Apa pula pandangan anda mengenai rekaan Lexus LS Concept ini?



Gallery

Tag:

Lexus LS Concept
2026 Lexus LS
Lexus Micro
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026