Link Copiedcheck_circle
Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

25c0295_011.jpg


SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember. Menjelang pelancaran tersebut, jenama automotif premium ini telah menyiarkan imej acah yang mendedahkan reka bentuk dalaman baharu secara terperinci, di samping mempamerkan bentuk keseluruhan SUV tersebut. 


Kokpit Mewah Seperti CLA


25c0295_010.jpg


Seperti yang dilihat pada model fastback CLA generasi ketiga, GLB generasi kedua ini akan menampilkan susun atur kokpit yang dikenali sebagai MBUX Superscreen, iaitu gabungan tiga skrin digital bersaiz besar di papan pemuka.


Tiga skrin ini terdiri daripada instrumen digital 10.25 inci dengan dua skrin infotainmen kawalan sentuhan berukuran 14 inci.


Bagaimanapun, susunan skrin yang futuristik ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan, bukannya standard. Varian lebih rendah pula dijangka tidak lagi mempunyai skrin penumpang bersaiz besar.


Skrin ini akan dikuasakan oleh sistem operasi Mercedes-Benz (MBOS) terkini, yang membawakan pelbagai ciri canggih seperti pembantu maya MBUX dengan avatar, navigasi Google Maps dan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) lain, menjadikannya GLB yang paling 'pintar' setakat ini.


Kabin Lebih Luas, Ruang Kaki Lebih Lapang


25c0295_022.jpg25c0295_023.jpg


Imej acah yang dikongsikan bukan sahaja mempamerkan teknologi, malah turut mendedahkan fokus pada peningkatan ruang dan keselesaan, yang mana model baharu ini dijangka menawarkan kabin yang lebih luas dengan ruang kepala yang ketara lebih besar berbanding model terdahulu. 


GLB baharu dilihat hadir dengan corong udara bulat di konsol tengah, yang turut menempatkan pemegang cawan besar dan pad pengecasan tanpa wayar. Reka bentuk stereng baharu turut diperkenalkan.


Penumpang barisan kedua dapat menikmati ruang kaki yang lebih luas, dan tempat duduk yang direka semula dengan sokongan peha tambahan serta sandaran belakang yang boleh dilaraskan.


Untuk versi tujuh tempat duduk, barisan yang ketiga turut ditambahbaik dan kini boleh dilipat rata sepenuhnya ke lantai, sekali gus meningkatkan kapasiti ruang but.


Bumbung Panorama Pintar: Kaca Jernih Berubah Kepada Legap


25c0295_025.jpg


GLB baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah dan canggih lain seperti bumbung kaca panoramik yang boleh dinaik taraf kepada versi yang boleh bertukar dari jernih kepada legap dalam masa milisaat.


25c0282_035.jpg


Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menukar kepada ciri bumbung bercahaya dengan motif 'langit berbintang'.


Mercedes-Benz turut melengkapkan GLB generasi kedua dengan cermin berlapisan kalis haba dan salutan pemantul inframerah. Ini bertujuan mengekalkan suhu dalaman kabin yang sejuk pada musim panas dan mengurangkan kehilangan haba pada musim sejuk.


Komputer ADAS Berkuasa Tinggi


Bantuan pemanduan lanjutan (ADAS) di GLB baharu ini dibantu oleh 'otak' pengkomputeran yang sangat berkuasa, seperti sebuah PC gaming premium.  Sistem ADAS model ini dibantu oleh 8 kamera, 5 sensor radar, dan 12 sensor ultrabunyi.


Semua data ini dihubungkan kepada komputer berprestasi tinggi yang disejukkan oleh air (water-cooled), memastikan keupayaan pemprosesan yang pantas dan stabil.


'Otak' pengkomputeran ini juga direka untuk kalis masa depan, dengan simpanan kuasa yang mencukupi untuk fungsi yang bakal datang melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA) secara berkala.


Enjin Hibrid Ringkas & Varian EV Dwi-Motor


25c0282_003.jpg


Dari segi trenkuasa, GLB baharu ini dijangka akan mengikut jejak CLA terkini yang ditawarkan dalam kedua-dua versi iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik (EV). Versi ICE menggunakan sistem hibrid ringkas yang dibina berasaskan enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter, manakala versi EV akan ditawarkan dalam varian satu dan dua motor elektrik. 


Butiran penuh model GLB generasi kedua ini dijangka akan didedahkan secara lebih terperinci semasa penampilan rasmi pada 8 Disember depan.

Tag:

Mercedes-Benz GLB
Mercedes-Benz GLB Generasi Kedua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan Mercedes-Benz GLB Facelift 2024 Kini Dibuka – Dari RM290,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan Mercedes-Benz GLB facelift (X254) 2024, kini dengan dua model baharu iaitu GLB 200 dan GLB 250 4Matic.

24-06-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026