Link Copiedcheck_circle
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

580106901_1419539612860935_61659620396224436_n.jpg


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP). Platform digital bersepadu ini akan digunakan untuk menyelaraskan operasi semua sistem pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia.


Keputusan penting ini dicapai semasa Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bil. 2/2025, menandakan langkah dasar utama untuk memajukan infrastruktur EV dan peralihan digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.


Satu Platform Untuk Cari, Cas & Bayar


thumb-(4)-full_normal.jpg


EMSP, yang dicadangkan sejak Mac lalu oleh PLANMalaysia dengan sokongan daripada MGTC dan Jabatan Digital Negara, bertujuan untuk mengatasi masalah akses sistem pengecasan EV.  Sistem yang dibangunkan ini membolehkan pengguna mencari lokasi, mengaktifkan dan membuat pembayaran pengecasan melalui satu platform tunggal. 


chargesini-business-(4)-full.jpg


Ini bermakna, pengguna tidak perlu lagi menggunakan aplikasi berlainan yang disediakan oleh syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) yang berbeza.


Setakat ini, Malaysia mempunyai 4,161 titik pengecasan awam yang masih jauh daripada sasaran 10,000 titik menjelang akhir tahun 2025.


Teknologi Blockchain, Utamakan Keselamatan Data


582639089_1419539599527603_7294822575691418159_n.jpg565189559_1419539592860937_532193455591346175_n.jpg


Platform EMSP ini dibangunkan di bawah kepimpinan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan ACO Tech mengendalikan reka bentuk aplikasi dan Geno Group menyediakan integrasi teknologi blockchain.


Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, berkata usaha ini adalah langkah penting dalam membentuk ekosistem EV Malaysia. "Dengan meneroka penyelesaian blockchain, kami bukan sahaja menangani cabaran semasa tetapi juga meletakkan asas bagi infrastruktur yang selamat dan berskala," ujar beliau.


Inisiatif ini amat penting kerana ia sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sumber: NST

Tag:

Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)
EMSP
PMX
Pengecasan EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

BBC Sport Dah Jawab – Sepang Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini, Menanti Pengumuman Rasmi PMX

Sensasi F1 di Sepang: Hakikat 'Bahrain GP' Di Bumi Malaysia Selepas Hampir Dekad Menyepi.

26-07-2026
Berita Auto

Bank Dunia Cadang RON95 RM2.65! PMX Tolak Demi Rakyat, Kekal RM1.99

PMX sahkan kerajaan tolak cadangan Bank Dunia tetapkan harga RON95 ikut pasaran. Penyasaran subsidi RON95 kekal (RM1.99/liter) untuk membantu rakyat dan membantu kerajaan capai penjimatan RM15.5 bilion setahun.

03-12-2025
Berita Auto

Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.

13-10-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Caj Masuk Bandar Buat Masa Ini, Risau Bebankan Rakyat – PMX

Kerajaan tidak merancang untuk mengenakan caj terhadap kenderaan persendirian yang memasuk kawasan bandar buat masa ini seperti yang dilaksanakan di beberapa negara lain.

30-09-2025
Berita Auto

Rasionalisasi Subsidi RON95 Bakal Tiba, Sedang Dimuktamadkan – Amir Hamzah

Malaysia kini berada di fasa akhir perancangan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95, yang dijangka bermula separuh kedua tahun ini.

04-07-2025
Berita Auto

Kenaikan Harga RON95 Tidak Menjejaskan Majoriti, Kata PMX

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 kerana ia adalah langkah penting untuk kepentingan negara.

16-06-2025
Berita Auto

Kereta Hidrogen Lebih Senyap?

Anwar cukup kagum ketika menaiki kereta yang menggunakan sel bahan api hidrogen.

02-04-2024
EV

Gentari dan City Energy Meterai MoU Bangunkan Pengecas EV Rentas Sempadan Malaysia-Singapura

City Energy dan Gentari Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengecasan EV.

19-04-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026