Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC03318.jpg


Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang, satu inisiatif bagi mendekatkan lagi siri automotif Malaysia Autoshow (MAS) kepada masyarakat di wilayah utara dan selatan negara. Pengumuman ini dibuat semasa Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025.


Kedudukan Yang Strategik


DSC03275.jpg


MARii memilih Pulau Pinang dan Johor sebagai lokasi pertama bagi strategi pengembangan acara ini atas kepentingan strategik kedua-dua negeri dalam landskap automotif negara. Edisi serantau pertama akan berlangsung di Pulau Pinang, dijadualkan pada Mei 2026 sebelum diikuti oleh edisi kedua yang akan diadakan di Johor, dijadualkan pada Ogos 2026.


Pemilihan Pulau Pinang adalah strategik kerana ia diiktiraf sebagai pusat pengeluaran dan teknologi canggih, yang kini pesat menjadi hab bagi mobiliti lestari, terutamanya dengan kadar penerimaan kenderaan elektrik (EV) yang tinggi. 


Sementara itu, Johor dilihat sebagai gerbang perindustrian dan logistik utama yang menghubungkan ke pasaran ASEAN, menjanjikan peluang besar untuk kerjasama rentas sempadan, dan seterusnya merancakkan pertumbuhan industri automotif.


Bawa Inovasi Dekat Kepada Komuniti


DSC03303.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, menjelaskan bahawa misi mereka kekal sama walaupun berlaku penukaran format.


“Misi kami kekal tidak berubah. Dorongan untuk membawa inovasi automotif terkini lebih dekat kepada rakyat Malaysia tidak akan berhenti di satu lokasi atau satu bandar sahaja,” katanya.


Tambahnya lagi, penganjuran Penang Autoshow dan Johor Autoshow 2026 adalah kesinambungan misi MARii bagi memastikan setiap komuniti di negara ini dapat mengakses teknologi kenderaan generasi baharu, mobiliti elektrik dan inovasi lestari. 


Pendekatan ini dijangka tidak hanya meluaskan capaian pameran, malah memperkukuh pembangunan ekosistem automotif negara secara lebih inklusif, selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020.


Pameran Pengalaman Diteruskan


web_CariCarz_TA_MAS2025_BMW-330Li-M-Sport_-4.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GWM-Tank-500_-2.jpgCaricarz-WM-MBA-Chery-CSH-PHEV-MAS2025-5.jpgOmoda-C7-Previw-MAS2025-7.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_TQ-Wuling-Bingo-EV_Light-Of-ASEAN-Concept_-4.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_Proton-e.MAS-5_-1.jpg


Seperti pameran utama MAS di Kuala Lumpur, edisi serantau ini akan menampilkan jenama automotif, penyedia teknologi dan penyelesaian mobiliti, menjadikannya lebih dekat dengan komuniti tempatan tanpa perlu ke ibu negara.


Edisi serantau ini juga akan menyajikan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung termasuk pandu uji khas, himpunan kereta, pertunjukan fesyen auto dan sebagainya. 


Lebih banyak aktiviti dan pameran berasaskan pengalaman akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang seiring kemajuan perancangan acara.


Untuk makluman pembaca, MAS 2025 yang diadakan di MAEPS, Serdang pada Mei lepas berjaya menarik seramai 300,000 pengunjung dan menjana potensi jualan melebihi RM1.72 bilion. MARii kini berharap untuk mengulangi kejayaan sama dapat dicapai dengan penganjuran di Pulau Pinang dan Johor. 



Tag:

MARii
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)
Penang Autoshow 2026
Johor Autoshow 2026
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

19-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
Berita Auto

12-12-2023
EV

11-05-2023
Berita Auto

05-05-2023
Berita Auto

14-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!

Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.

05-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026