Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung proses homologasi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Syarikat kenderaan elektrik Malaysia, EV innovations yang menerajui projek MyKar telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan  Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) baru-baru ini.

Majlis itu diadakan sempena pengenalan projek MyKar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Eksekutif System Consultancy Services (SCS), Datuk Kalilur Rahman Ebrahim, Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd, Datuk Dr Rameli Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari.


Perjanjian itu dimeterai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung proses homologasi sekali gus membolehkan projek itu bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja pembuatan.

Ia juga menyaksikan  kolaborasi antara EV Innovation dan MARii dalam membangunkan teknologi tempatan untuk dilaksanakan dalam projek MyKar.


Malah, ia turut merangkumi platform EV, inisiatif integrasi  termasuk bahagian dan komponen. Malah, ia juga termasuk dengan pembangunan Sistem Pengurusan Bateri (BMS), teknologi pengecas tanpa wayar EV dan protokol komunikasi untuk kenderaan yang semuanya tersedia di MARii

Difahamkan, terdapat sekurang-kurangnya 5 unit lagi MyKar yang  bakal dihasilkan untuk fasa pengujian dan homologasi.

Ia bertujuan untuk membolehkan projek itu beralih dari fasa model prototaip kepada kenderaan yang layak untuk berada di jalan raya.


Projek MyKar yang dibangunkan pada tahun 2019, merupakan inisiatif sekumpulan  jurutera tempatan dimana mereka berhasrat menghasilkan kenderaan EV bagi menampung populasi yang semakin berkembang seiring dengan pasaran automotif Malaysia dan ASEAN.

Majlis itu turut menyaksikan satu lagi perjanjian menandatangani  antara kedua-dua pihak mengenai pembuatan alat ganti.

Projek ini adalah berdasarkan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh SCS, antaranya kawalan elektronik, peralatan dan  integrasi.

Sementara itu, syarikat DK Composites Sdn Bhd pula bertanggungjawab untuk menghasilkan badan kenderaan manakala DNT Auto pula ditugaskan untuk mereka bentuk dan pembuatan casis  termasuk semua bahagian mekanikal kenderaan pra-pengeluaran ini.


Gambar Ehsan  MARii.

Gallery

Tag:

EV Innovations
MARii
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026

Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang.

18-11-2025
Teknologi
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
EV
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam

MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam

MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.

13-05-2025
Berita Auto
MARii  Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.

15-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026