Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul. 


Apa yang menarik, Nissan berjanji bahawa Navara versi kali ini merupakan yang pertama dalam tempoh sedekad ini yang “tidak akan dipandu seperti sebuah Triton”.


Janji ini menarik perhatian kerana Navara generasi baharu disahkan akan berkongsi platform ladder frame yang sama dengan Mitsubishi Triton generasi ketiga yang terkini,  satu langkah kerjasama yang lahir daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.


Suspensi Talaan Premcar Australia


Nissan-Navara-Premcar-Testing-8-1536x864.jpgNissan-Navara-Premcar-Testing-2-1536x864.jpgNissan-Navara-Premcar-Testing-9-1536x864.jpg


Tangkap layar daripada video promosi terbaru Nissan yang menunjukkan Navara sedang menjalani ujian akhir di sebalik pelekat samaran. 


Janji pemanduan yang 'unik' berbanding kembarnya dari Mitsubishi itu datang daripada laporan bahawa Nissan telah mendapatkan khidmat pakar perunding dari Australia, Premcar, untuk membantu pembangunan trak pikap baharu tersebut.


Firma yang berpangkalan di Melbourne ini telah dilantik khusus untuk "membangunkan dan menguji sistem suspensi Navara baharu."


Syarikat tersebut terkenal dengan kejayaan mencipta siri Warrior bagi Nissan Patrol dan Navara terdahulu yang dipasarkan di Australia.


Firma ini bukan sahaja menilai prestasi, malah turut membuat pelarasan yang diperlukan untuk Nissan. Media Australia menyifatkan Navara baharu mungkin akan memiliki kelebihan yang berbeza di atas dan luar jalan raya berbanding Triton, walaupun berkongsi sebahagian besar perkakasan dan komponen.


Kongsi Komponen Utama, Tetapi Rupa Berbeza


2025-10-2026new-nissan-navara-to-debut-in-oceania-teaser-1.jpg


Nissan Navara generasi terbaru


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Navara generasi baharu akan menampilkan perbezaan visual yang ketara bagi membezakannya daripada Triton yang mana Navara diberikan gril, bampar bawah, lampu hadapa, bar sport di ruang kargo dan reka bentuk rim yang unik.


Caricarz-MBA-2024MitsubishiTriton-Athlete-MediaDrive-2.jpg


Struktur badan utama, pintu dan dimensi keseluruhan kenderaan kekal sama dengan Triton.


Enjin ‘Hyperpower’ Triton 


Dari segi mekanikal, Navara baharu dijangka akan berkongsi enjin diesel empat silinder turbo kembar 2.4 liter 'Hyperpower' yang sama seperti yang digunakan dalam Triton.


web_TA_CariCarz_Mitsubishi-Triton-Launch_-30.jpg


Pada varian tertinggi, Athlete, enjin ini menjana output puncak 204 PS dan tork 470 Nm. Sementara itu, varian lebih rendah pula mencapai output minimum 184 PS dan 430 Nm. 


Butiran lanjut dijangka akan menyusul sebaik sahaja Nissan Navara generasi baharu didedahkan secara global pada minggu hadapan. 

Nissan-Navara-Premcar-Testing-4-1536x864.jpg

Tag:

Nissan
Nissan Navara
Nissan Navara Generasi Terbaru
Premcar Australia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025
Global

Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti

Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun.

29-08-2025

Berita Terkini

Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026