Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tiada lagi healing percuma!

Itulah gambaran sesuai bagi mereka yang gemar mengunjungi Genting Highlands hanya untuk menikmati suhu dingin, pandu uji mahupun beriadah bersama keluarga dan sahabat-handai.

Ini kerana pihak Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

Bagaimanapun,Genting Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, tarikh pelaksanaan dan butiran lanjut akan ditentukan kelak.

Untuk makluman, Jalan Genting Highlands yang dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia di kawasan berliku dan bergunung-ganang itu menyediakan akses yang selamat ke Resorts World Genting serta destinasi pergunungan lain selain milik Genting Malaysia.

image.png

“Penggunaan yang kerap di Jalan Genting Highlands telah menyebabkan banyak kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Buat masa ini, bayaran bagi penggunaan jalan persendirian adalah kaedah paling berdaya maju untuk menampung kos penyelenggaraan, pembaikan dan insiden tidak dijangka.

“Ini bagi memastikan jalan raya terus selamat untuk semua pengguna serta menyediakan akses kepada seluruh komuniti Genting Highlands, perniagaan, berjuta pelancong dan orang awam dari seluruh negara,” katany

Syarikat itu menjelaskan bahawa inisiatif berkenaan merupakan usaha swasta di jalan persendirian yang terletak di atas tanah persendirian.

“Menjalankan kerja di kawasan pergunungan adalah mencabar, berbahaya dan mahal, tetapi ia penting untuk memastikan keselamatan jalan raya dan lereng, serta penambahbaikan berterusan bagi semua pengguna,” ujarnya.

Gallery

Tag:

Genting Highlands
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

24-02-2025
Gaya Hidup

28-10-2024
Berita Auto
Berita Auto

20-10-2023
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026