Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tular Video Tun Mahathir Pandu Toyota iQ Bersama Isteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menikmati pemanduan dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pagi tadi.

Video itu dikongsi di laman Facebook Tun Mahathir  dengan kapsyen "Weekend Cruising". Pasangan itu dilihat  duduk dalam sebuah Toyota iQ kompak dengan nombor plat APA 100.

Kedengaran, Siti Hasmah bertanya secara berseloroh, "Ini elektrik ke petrol?" dan Mahathir menjawab, "Tidak, ini bukan elektrik."

Ketika kereta mula bergerak, beliau kelihatan sedikit cemas dan menegurnya kerana tidak memegang stereng, sementara Mahathir tersenyum nakal.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial teruja melihat Tun Mahathir masih memandu walaupun usia sudah mencecah 100 tahun.

"Alhamdulillah at the age of 100, still can drive a car," kata Faizal.

Seorang lagi pengguna Facebook, Abu pula menulis:

"Pasangan paling disayangi rakyat Malaysia.. 100 dan 99 tahun masih gagah menikmati kehidupan tenang2.. love you Tun," tulsinya.



Gallery

Tag:

Tun Mahathir
Toyota iQ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun

Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.

22-06-2025
Berita Auto

Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Sejarah Proton dan evolusi kereta pertama yang dikeluarkan, Proton Saga.

19-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026