Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro  yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini. Model ini yang dijual pada harga 147,900 yuan (RM85,861), sudah pun dilancarkan di China.

Difahamkan, varian spesifikasi tertinggi ini hadir dengan sedikit peningkatan kuasa berbanding varian lebih rendah, selain menerima beberapa perubahan reka bentuk kecil .

image.pngimage.png

Bagaimanapun, sebahagian reka bentuk luaran model ini kekal sama seperti varian 2.0T lain bagi Arrizo 8 Pro, termasuk gril hadapan heksagon dengan kemasan sarang lebah hitam yang Chery gelar sebagai “Star Ring Obsidian Grille,” kemasan bampar bawah beraksen krom, serta lampu belakang LED penuh lebar yang tajam dengan empat ekzos.

Antara yang baharu ialah, ia kini hadir dengan  lencana 400T di bahagian belakang yang menandakan peningkatan kuasa tersebut, serta rim aloi dua tona 18-inci multi-jejari yang dipadankan dengan angkup brek berwarna merah dan tayar Continental UltraContact UC6.

image.png

Dari segi dimensi, Arrizo 8 Pro 400T Luxury kekal sama seperti varian spesifikasi lebih rendah, iaitu berukuran 4,812 mm panjang, 1,843 mm lebar dan 1,469 mm tinggi, dengan jarak roda 2,790 mm.

Walaupun angka ini meletakkannya dalam kategori sedan segmen-D bersaiz sederhana, model sporty ini masih diposisikan sebagai sedan segmen-C di pasaran domestik China.

Ia adalah salah satu pesaing rapat kepada model seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.

Menjengah bahagian kabinnya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury turut mengekalkan susun atur kabin yang sama seperti varian 2.0T, namun ia menerima  warna hitam-merah yang lebih sporty.

image.png

Seperti biasa, model ini juga hadir dengan skrin infotainmen besar 15.6 inci yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155, kluster meter digital 10.25 inci, stereng tiga jejari, pemilih gear elektronik, lampu ambien, bumbung suria panorama, dan banyak lagi.

Mengenai trenkuasanya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter Kunpeng turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 257 hp (192 kW) dan 400 Nm, berbanding 251 hp (187 kW) dan 390 Nm sebelum ini.

Enjin 2.0 liter TGDI tersebut masih dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD), walaupun Chery masih belum menyatakan sebarang angka prestasi baharu hasil peningkatan kuasa ini.

image.png

Walaupun naik taraf ini menjadikan Arrizo 8 Pro 400T Luxury sebagai varian paling berkuasa namun ia masih belum cukup untuk menjadikannya versi paling berkuasa secara keseluruhannya kerana gelaran tersebut masih milik kembarnya, Chery Fulwin A8.


Gallery

Tag:

Chery Arrizo 8 Pro 400T Luxury
Chery Arrizo 8 Pro
Chery Arizzo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026