Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama  sejak malam tadi.

Ini kerana ramai yang akan bekerja esok selepas cuti Hari Krismas dan tidak kurang juga, ada yang baru sahaja pulang bercuti.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) memaklumkan, kesesakan dikesan di beberapa lokasi kritikal melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dan selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah serta Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kesesakan dilaporkan dari Sungkai ke Bidor, Gopeng ke Simpang Pulai, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit, Changkat Jering ke Taiping Utara serta Bukit Merah ke Alor Pongsu. Arah selatan pula melibatkan laluan Alor Setar Selatan ke Pendang, Gurun ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai, selain Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan Sungai Buaya ke Rawang Selatan.

Di selatan tanah air, trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Ayer Keroh ke Pagoh, Pagoh ke Yong Peng serta Simpang Renggam ke Kulai.

Keadaan sama turut dikesan di Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua menuju ke pusat pemeriksaan imigresen Singapura.

Sementara itu, kesesakan turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan laluan Karak ke Lentang serta Bukit Tinggi ke Gombak, manakala Lebuh Raya ELITE mencatatkan aliran trafik perlahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Gamuda Cove.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Nursyahirah Aziz, 25, mengakui, dia yang pulang bercuti bersama suaminya dari Pulau Pinang terperangkap hampir 11 jam di Plus arah utara.

"Kesesakan kali ini memang teruk macam nak balik raya," ujarnya.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui hotline 1800-88-7752, laman sosial @llmtrafik serta aplikasi TUJU dan MYJalan.



Gallery

Tag:

PLUS Highway
Malaysian Highway Authority (LLM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Tips

Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!

17-03-2026
Berita Auto

25-10-2025
EV

18-08-2025
Berita Auto

20-02-2024
EV

23-06-2023
Berita Auto

14-04-2023
Berita Auto

24-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026