Link Copiedcheck_circle
EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan satu draf untuk mengurangkan kos pengeluaran kenderaan elektrik (EV) demi menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

image.pngimage.png

Menurut laporan Automotive World, Suruhanjaya Eropah (EC) telah mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan satu draf cadangan untuk memperincikan kategori ‘E car’ baharu ini dalam tempoh terdekat ini.

Draf itu  akan menjelaskan lebih lanjut mengenai saiz, berat, dan kapasiti motor yang sebenarnya bertujuan untuk menjimatkan kos sebanyak 10-20%. Dengan pengurangan ini, harga untuk sesetengah EV berjenama Eropah berupaya turun daripada €15,000 hingga €20,000 (RM71,785 hingga RM95,714).

image.png

Perincian baharu ini juga dijangka akan menghapuskan beberapa keperluan wajib  seperti sistem pengesan mengantuk, bantuan penjajaran lorong, dan isyarat hentian mengejut untuk EV kompak yang fokus kepada bandar.

Laporan itu turut menyebut bahawa ciri-ciri itu mungkin tidak diperlukan bagi EV kompak selain dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang hanya meningkatkan kos pengeluaran EV tersebut.

Sekiranya kelas kenderaan ini diluluskan oleh EC, jenama Eropah seperti Volkswagen, Renault, dan Stellantis dijangka akan "untung besar".

Ini bermakna, EV Eropah kompak seperti Volkswagen ID.Polo yang bakal dilancarkan dan model ID.1 yang lebih kecil boleh ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu di bawah €25,000 (RM119,642) dan €20,000 (RM95,714).

Secara hakikatnya, kewujudan kereta mampu milik dari China di Eropah dikatakan menjadi salah satu sebab utama cadangan klasifikasi baharu ini akand diwujudkan.

Ia berikutan pengeluar kereta China kini telah menguasai 7% daripada keseluruhan pasaran kereta Eropah pada Julai-September 2025.

Walaupun bahagian pasaran EV meningkat kepada 12% setakat tahun ini, ia masih didominasi oleh BYD dari China, walaupun terdapat duti import sebanyak 45.3% yang dikenakan oleh EU ke atas EV buatan China.

image.png

Bagaimanapun,  perincian kenderaan kompak baharu ini juga berpotensi untuk membangkitkan semula minat EU terhadap kereta kei Jepun, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai halangan bukan tarif oleh kesatuan itu.

Malah, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga turut tertarik dengan kereta kompak sehingga beliau telah  meluluskan pengeluaran “tiny car” domestik, sekali gus membuka peluang eksport bagi model khas Jepun dan Malaysia.

Gallery

Tag:

EU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.

18-12-2025
Global

Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!

Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu mengenai tayar kenderaan.

25-07-2024
Global

Semua Kereta Baharu Wajib Pasang Kotak Hitam, Ada Sebabnya

Semua kenderaan baharu di EU wajib memasang kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) bermula Julai ini.

30-01-2024
Berita Auto

Kesatuan Eropah (EU) Muktamad Penjualan Kereta Petrol, Diesel Menjelang Tahun 2035

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mencapai kata sepakat untuk mengharamkan jualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.

31-10-2022

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026