Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-WULING-launched.png


Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) ini ditawarkan pada harga bermula dari RM62,800 termasuk rebat eksklusif sempena pelancaran sebanyak RM5,000. 


Apakah Varian Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia?


CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-47.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-53.jpeg

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-29.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-52.jpeg


TQ Wuling Bingo ditawarkan dalam dua varian iaitu Pro dan Max. Model ini didatangkan standard dengan ciri seperti sistem pencahayaan LED sepenuhnya (lampu depan, lampu belakang dan DRL). 


CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-3.jpeg


Kedua-dua varian ini tampil premium dengan kemasan luaran dwi-tona (bumbung berwarna hitam) sebagai standard. Pilihan warna yang ditawarkan ialah Neon Blue, Milky White, serta tambahan warna Lavender Purple untuk varian Max. 


CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-41.jpeg

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-43.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-51.jpeg

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-27.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-45.jpeg


Di dalamnya, model empat tempat duduk ini dilengkapi dwi-skrin 10.25 inci yang canggih bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem masuk dan penghidup kenderaan tanpa kunci, tempat duduk dalam balutan kulit sintetik yang boleh dilaraskan secara automatik kepada enam arah (pemandu) dan pemilih gear jenis rotary


CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-25.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-26.jpeg


Kapasiti ruang butnya ialah 395 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,240 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat. 


Bagaimana Pula Dengan Prestasi Dan Keupayaan Bateri Bingo EV?

Screenshot-2025-11-19-215657.jpg


Walaupun bertubuh kompak, Bingo EV hadir dengan spesifikasi teknikal yang praktikal untuk pemanduan bandar:

  • Kuasa Motor: Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik hadapan yang menghasilkan 67 hp dan tork 150 Nm.
  • Bateri LFP Wuling Magic: Varian Pro dilengkapi bateri 31.9 kWj, manakala varian Max mendapat kapasiti lebih besar iaitu 37.9 kWj.
  • Jarak Pemanduan: Varian Pro mampu bergerak sehingga 333 KM (CLTC)/273 KM (WLTP) manakala varian Max boleh mencecah 410 KM (CLTC)/336 KM (WLTP). 
  • Pengecasan Pantas: Dengan sokongan input DC sehingga 50 kW, bateri boleh dicas dari 30% ke 80% dalam masa sekitar 35 minit sahaja. Sementara itu, dengan pengecas AC 7kW, model ini hanya mengambil masa elama 4.5 jam (Pro) dan 5.5 jam (Max) untuk dicas pencuh daripada 0-100%. 

Sejauh Manakah Tahap Keselamatan Wuling Bingo? 

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-9.jpeg

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-10.jpegCariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-8.jpeg


Model ini didatangkan standard dengan ciri keselamatan sama bagi kedua-dua varian yang termasuk 6 beg udara, ABD dan EBD dengan kawalan kestabilan elektronik, sensor parkir belakang dan kamera undur, sistem pemantau tekanan tayar, ISOFIX, amaran titik buta, amaran pejalan kaki (pada kelajuan rendah), amaran bukaan tali pinggang depan dan belakang, bukaan pintu automatik yang peka impak dan sistem immobilizer


Bateri yang disematkan pada model ini menerima penarafan IP 68 yang bermakna ia 'kalis' kerosakan yang berpunca daripada air, debu dan haba. 


Berapakah Harga Jualan Wuling Bingo Di Pasaran Malaysia?

CariCarz-SN-TQ-Wuling-Bingo-21.jpeg


Bingo ditawarkan pada harga mampu milik, serendah hanya RM67,800 (Pro) hingga RM72,800 (Max), atas jalan tidak termasuk insurans. Sempena pelancaran, model ini ditawarkan dengan rebat sebanyak RM5,000 menjadikan harga jualannya jauh lebih murah iaitu RM62,800 (Pro) dan RM67,800 (Max). 


CariCarz-SN-Bingo-11.jpeg

Tag:

TQ Wuling Bingo
EV Kompak
EV Kecil
Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.

08-05-2025
EV

Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan

Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV.

02-10-2025
EV

Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.

04-09-2025
EV

EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober

Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.

02-10-2024
EV

Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan

Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV.

02-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026