Link Copiedcheck_circle
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama EV China-Jerman, smart yang dimiliki bersama  Geely dan Mercedes-Benz, baru sahaja mengeluarkan imej sedan pertamanya, smart #6 EHD.

Ketibaan smart #6 EHD menandakan perubahan penting melalui kerjasama Geely–Mercedes yang menampilkan model PHEV dan bukannya kenderaan elektrik sepenuhnya.

image.pngimage.png

Dari segi rekaan, smart #6 EHD hadir dengan siluet sporty seakan coupe, dan  ia kelihatan seperti versi kecil Xiaomi SU7. 

Menjengah bahagaian luarannya, ia dilengkapi dengan  bar cahaya penuh, didatangkan dengan pemegang pintu tersembunyi, kamera sisi, serta spoiler belakang pop-out aktif.

Dua model ditunjukkan dimana satu versi putih yang ringkas, manakala satu lagi merupakan warna kuning yang lebih agresif. Begitupun kedua-duanya dijangka berkongsi rangkaian kuasa yang sama.

image.pngimage.png

Trenkuasanya adalah berasaskan sistem NordThor Hybrid 2.0 dimana ia menggabungkan enjin turbo 1.5 liter 120 kW, motor elektrik 115 kW, dan DHT 3-kelajuan. Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa keseluruhannya setakat 320 kW (429 hp).

Model ini dijangka akan menggunakan bateri LFP  yang dibekalkan oleh CATL atau SVOLT, namun kapasiti masih belum didedahkan.

Difahamkan, sedan ini  mampu bergerak dalam mod EV sejauh 285 km manakala jarak pandu keseluruhan adalah 1,810 kilometer (km) .

Sementara itu, model ini mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.9 liter/100 KM, dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

image.png

Dari segi dimensi, ia berukuran 4906 mm panjang, 1922 mm lebar dan 1508 mm tinggi dengan jarak roda 2926 mm,  sekali gus menjadikan smart #6 EHD adalah  model smart terbesar pernah dihasilkan.

Ini kerana ia  dibina di atas jarak roda terpanjang dalam barisan jenamanya.

image.png

Kehadiran lidar yang dipasang di bumbung menunjukkan fungsi bantuan pemandu yang canggih, manakala bahagian dalaman masih dirahsiakan tetapi dijangka mengikuti susun atur digital-first tipikal smart dengan skrin  besar dan antara muka dipacu AI.

Gallery

Tag:

smart #6 sedan
smart #6 EHD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Sedan smart #6 Sedang Dibangunkan – Cecah 800 KM 1 Cas, Pecutan Setanding Supercar?

Jenama kenderaan elektrik (EV), smart Automobile, yang kini di bawah gergasi automotif Geely, bakal memperkenalkan model sedan empat pintu pertamanya.

14-02-2025
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026