Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Sesak, Lebih 2.2 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Sempena Cuti Sekolah, Krismas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena cuti penggal akhir persekolahan dan perayaan Krismas bermula hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata angka itu berdasarkan trend musim perayaan besar direkodkan sebelum ini, ditambah dengan penganjuran Pesta Pulau Pinang dari 6 Disember hingga 10 Januari 2026.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan dua juta kenderaan dalam tempoh seminggu akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada waktu puncak musim perayaan termasuk laluan ke Pulau Pinang.

"Trend musim perayaan besar 2025 menunjukkan Pulau Pinang biasanya menerima sekitar 2.2 juta kenderaan masuk atau melintasi melalui jambatan pertama atau kedua Pulau Pinang," katanya kepada Bernama.

Situasi itu akan menyebabkan beberapa laluan mengalami kesesakan teruk, terutamanya di pintu masuk utama jambatan Pulau Pinang dengan aliran trafik dijangka sangat tinggi pada hari ini dan esok susulan diskaun 50 peratus kadar tol oleh kerajaan.

Beliau menjangkakan keadaan sama di susur keluar Juru dan Sungai Dua disebabkan pertembungan aliran kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), peningkatan kenderaan di George Town akibat kedatangan pelancong selain Jalan Air Itam dan Jalan Green Lane kerana laluan utama ke Batu Ferringhi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang waktu perjalanan bagi mengelakkan terperangkap kesesakan waktu puncak selain berwaspada dengan risiko hujan lebat yang boleh menyebabkan insiden seperti pokok tumbang. – B

Gallery

Tag:

cuti sekolah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan Sehari

Pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal memandangkan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai Sabtu ini.

20-02-2026
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Cuti Sekolah Seminggu: 2.2 Juta Kereta Sehari Di Lebuhraya PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.

11-09-2025
Berita Auto

Sempadan Singapura-Malaysia Akan Mula Sesak Jumaat Ini – Ini Puncanya...

Pemandu dan pelancong perlu bersedia berdepan dengan kesesakan di Tambak Johor dan LinKedua bermula Jumaat ini.

28-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026