Link Copiedcheck_circle
Global

Prototaip Hongqi E702 Didedah, Antara EV Mewah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Masihkah anda ingat mengenai jenama Hongqi? Jenama ini tidak dijual kepada orang awam di Malaysia tetapi ia pernah mendapat perhatian meluas pada April 2024  selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima sebuah kenderaan  Hongqi L5.

image.png

Malah, kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik.

Ketika ini, Hongqi  dilihat sedang melangkah lebih jauh ke ruang EV premium, memandangkan terdapat prototaip pertama Hongqi E702, yang dikenali  sebagai projek P601.

Model ini akan berada dalam kedudukan sebagai sebuah sedan elektrik penuh bersaiz sederhana hingga besar di bawah sub-jenama Tenaga Baharu (New Energy) mereka.

image.png

Apa yang menjadikan pencapaian ini penting ialah betapa pantas pembangunan model tersebut bergerak. Semasa peringkat pelaksanaan elektrik awal, jurutera berjaya mengaktifkan sistem voltan tinggi dalam masa hanya 10 hari. Ia merupakan satu rekod baharu bagi institut pembangunan FAW Group sekali gus  menunjukkan Hongqi begitu serius dalam pembangunan EV.

Dari segi reka bentuk, E702 masih menggunakan Hongqi. Prototaip ini menampilkan logo New Energy terbaharu jenama itu, manakala  lampu hadapannya jenis LED dan berbentuk sabit, dan lidarnya disepadukan kemas ke dalam unit lampu hadapan.

image.png

Menjengah rekaan sisinya, ia didatangkan dengan pemegang pintu jenis tersembunyi, tiang-B  disorok, dan kemungkinan tingkapnya akan hadir tanpa bingkai. Cermin sisi elektronik serta roda besar berhalaju rendah menyerlahkan pendekatan berteknologi tinggi, manakala bahagian belakang memadankan gaya hadapan dengan grafik LED yang seiring serta bampar yang licin.

image.png

Selain itu, satu bahagian kaca besar yang menghubungkan bumbung ke tingkap belakang memberikan sedan ini rasa moden dan premium.

image.png

Media China melaporkan bahawa ia akan didatangkan dengan keupayaan pemanduan autonomi “titik-ke-titik” untuk lebuh raya utama, termasuk pertukaran lorong automatik, memasuki dan keluar dari persimpangan bertingkat, serta perancangan laluan yang belajar daripada data dunia sebenar.

Ujian awal menunjukkan kurang daripada 0.5 campur tangan manusia bagi setiap 100 km, sesuatu yang sangat mengagumkan.

Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan  sistem audio Dolby Panoramic 7.1.4 dengan kuasa 2,800 watt dijangka memberikan pengalaman bunyi seolah-olah berada di dalam panggung wayang, manakala keupayaan kemas kini over-the-air (OTA) membolehkan penghantaran data sehingga 5 GB seminit.

Buat masa ini, Hongqi belum mendedahkan harga atau bila E702 akan dilancarkan secara rasmi, namun prototaip ini sedang menjalani ujian dan beberapa penambahbaikan dilakukan

Apabila ia dilancarkan kelak, model ini akan menyertai sedan EV premium China —dan mungkin, suatu hari nanti, ia juga akan sampai ke Malaysia.


Gallery

Tag:

Hongqi L5
Sultan Ibrahim Hongqi L5
Hongqi E702 Prototype
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?

Jenama premium dari China, Hongqi mengesahkan bahawa jenama itu secara rasminya akan menembusi pasaran Singapura, tidak lama lagi.

28-07-2025
Berita Auto

Siapakah Pemilik Pertama Hongqi L5 Di Dunia?

Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.

14-04-2024

Berita Terkini

Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026