Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Kerja Raya mengesahkan kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf FT2 Lebuhraya Persekutuan walaupun perkhidmatan trafik di laluan berkenaan berada pada tahap paling sesak berdasarkan bacaan lalu lintas 2024.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dibuat kerana cadangan menaik taraf FT2 sepanjang 34.59 kilometer dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang tidak lagi ekonomik untuk dilaksanakan memandangkan ia melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset yang tinggi, selain berpotensi menimbulkan kesan sosial sekiranya dilaksanakan.

"Berdasarkan data bacaan lalu lintas 2024, tahap perkhidmatan jalan (LOS) di FT2 Lebuhraya Persekutuan menerusi Stesen Banci BR101 direkodkan pada 'LOS F', iaitu aliran trafik sesak, sama juga seperti FT28 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Stesen Banci BR903," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara di sini, hari ini.

image.png

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tiew Way Keng yang ingin tahu status naik taraf lebuh raya dan jalan Persekutuan yang ada di Selangor.

Nanta berkata bagi FT2, kerajaan sedang meneliti cadangan pembinaan lebuh raya bagi menyuraikan aliran trafik serta menyediakan alternatif pengangkutan awam melalui perkhidmatan LRT3 dari Shah Alam ke Kuala Lumpur yang dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini.

Nanta ketika mengulas FT28 MRR2 sepanjang 37.58 kilometer, iaitu dari Kepong ke Sri Petaling berkata kementerian telah melaksanakan Projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi membantu mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan, namun menaik taraf FT28 juga tidak lagi ekonomik atas faktor kos dan implikasi sosial yang sama.

Gallery

Tag:

Lebuhraya Persekutuan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
Berita Auto

2 Maut Dirempuh Mercedes

Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, semalam.

21-01-2026
Berita Auto

Perhatian Orang KL! Jalan Paling MUSTAHAK ditutup

Lorong di Lebuhraya Persekutuan akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

03-07-2024
Berita Auto

Tiga Kereta Remuk Dirempuh Lori Pasir Hilang Kawalan

Tiga buah kereta remuk selepas menjadi ‘mangsa’ lori pasir yang hilang kawalan

14-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026