Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Benarkan Kenderaan Asing RON95, Pengusaha Stesen Minyak Berdepan Denda RM1 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Pengusaha stesen minyak yang didapati membenarkan kenderaan asing mengisi RON95 di negara ini sebenarnya boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi pesalah individu.

"Jika pesalah membabitkan syarikat, boleh didenda sehingga RM2 juta, manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda sehingga RM5 juta," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, , pihaknya mengambil tindakan selepas siasatan pihaknya yang mendapati pengusaha stesen minyak melakukan pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Katanya, siasatan turut dijalankan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu yang mendapati kejadian berlaku pada 10.36 malam Jumaat (2 Jan) dengan pembelian tidak membabitkan pengesahan identiti di kaunter.

"Daripada semakan transaksi, hanya sebahagian daripada jumlah pembelian berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, pihaknya  mengalu-alukan aduan awam mengenai sebarang salah laku yang boleh disalurkan melalui talian WhatsApp 019 – 848 8000; portal e-Aduan KPDN iaitu e-aduan@kpdn.gov.my; 'call centre 1–800–886-800 serta aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Terdahulu, video tular menunjukkan seorang individu mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di negeri ini.

Dalam pada itu, KPDN Johor turut menyiasat dakwaan terdapat kenderaan asing mengisi petrol RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran bagi mengelak dikesan.



Gallery

Tag:

KPDN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95

Kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

29-01-2026
Berita Auto

Isi Petrol Berulang, Rupanya..

Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang akhirnya membawa padah.

17-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025

Atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.

14-04-2025
Berita Auto

JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar

Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

14-02-2025
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.

11-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026