Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani , Kedah.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata KPDN Cawangan Sungai Petani sudah menjalankan pemeriksaan ke atas stesen minyak terbabit susulan penularan satu rakaman video di media sosial.

Beliau berkata, rakaman itu memaparkan seorang pekerja stesen minyak sedang mengisi petrol RON95 ke dalam tangki sebuah kereta berpendaftaran asing.

"Pemeriksaan lanjut terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan mendapati video yang tular itu adalah sahih.

"Berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 oleh pekerja stesen minyak berkenaan ke dalam tangki sebuah kenderaan berpendaftaran asing. Kejadian itu berlaku kira-kira 9.07 pagi hari ini," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan, beliau berkata, pihaknya mengambil satu tindakan kes dan menyita resit jualan, rakaman CCTV dan dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.

Katanya, sebelum ini KPDN sudah pun mengeluarkan arahan larangan dan kawalan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan asing pada 29 April tahun lalu kepada pengusaha stesen minyak seluruh negeri Kedah.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu.

"Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Untuk kesalahan bagi syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta, " katanya.

Sumber: BERITA HARIAN.

Gallery

Tag:

Sungai Petani
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026